KUALA LUMPUR 13 Jan - Bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, Fave melancarkan kempen PayLater 'Huat Ah' khusus bagi pengguna aplikasi pembayaran tersebut.
Fave berkata, Fave PayLater membolehkan pengguna membahagikan pembayaran bil kepada tiga pembayaran, tanpa faedah tambahan bagi mengurangkan tekanan kewangan pelanggan.
"Pengguna Fave boleh menggunakan kod promo ONG28 bagi mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM28 dengan berbelanja minimum RM308 bagi pengguna FavePay baharu.
"Bagi pengguna sedia ada, mereka boleh menggunakan kod promo HUAT18 bagi mendapatkan penjimatan RM18 dengan perbelanjaan minimum RM408," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, selain itu FavePay turut menawarkan promosi bagi pengguna yang menggunakan kad daripada bank-bank terpilih.
"Bagi pengguna kad Standard Chartered, mereka boleh menikmati diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM100, terhad kepada RM10.4
"Pengguna Citi Bank juga boleh menerima potongan harga RM20 dengan perbelanjaan serendah RM200," katanya.
Fave merupakan platform fintech Asia Tenggara yang menyediakan aplikasi pembayaran pintar untuk generasi pengguna pintar untuk membayar & berjimat dengan pengalaman pembayaran QR.
Dengan penjimatan pada setiap transaksi digital, Fave berusaha untuk memaksimumkan kegembiraan dan nilai dalam setiap pengalaman membeli-belah, mempercepatkan peralihan dunia luar talian kepada ekonomi digital.
Fave kini beroperasi di 35 bandar di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan India. -DagangNews.com