Favelle Favco raih tiga kontrak bekal kren menara bernilai RM84.9 juta | DagangNews Skip to main content

Favelle Favco raih tiga kontrak bekal kren menara bernilai RM84.9 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Mei - Favelle Favco Berhad berjaya meraih tiga kontrak bagi membekalkan kren menara bernilai keseluruhan RM84.9 juta.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu sudah diberikan kepada anak syarikatnya, Kroll Cranes A/S serta Favelle Favco Cranes Pty Limited dan ia akan disempurnakan menjelang suku kedua 2024.

 

Pelanggan yang terlibat dalam tempahan itu ialah G A Caelli Holdings Trust, Aarsleff BIZ Sp. z o.o. dan Afcons Infrastructure Ltd.

 

“Kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan seterusnya

 

"Kontrak itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan,” katanya.

 

Pada Mac 2023, kumpulan memperoleh dua kontrak untuk pembekalan kren menara dan luar pesisir daripada Samsung Heavy Industries Co Ltd dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (unit milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd) dengan nilai gabungan RM95 juta. - DagangNews.com