Felcra pertimbang lupus hutang lapuk 20,000 peserta bernilai RM230 juta - Mahdzir | DagangNews Skip to main content

Felcra pertimbang lupus hutang lapuk 20,000 peserta bernilai RM230 juta - Mahdzir

Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra bersama pemuzik tradisonal selepas merasmikan program Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad 2022 di Padang Kampung Batu Karang, Rantau Panjang, Kelantan pada 1 Oktober 2022.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

RANTAU PANJANG 1 Okt - Felcra Berhad (Felcra) sedang mempertimbangkan untuk melupuskan hutang lapuk lebih 30 tahun berjumlah RM230 juta melibatkan 20,000 pesertanya di seluruh negara.

 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, hutang daripada generasi pertama itu tidak dapat diselesaikan dan kekal sehingga beberapa generasi.

 

"Kita kaji masalah di seluruh negara ni, ada yang berkaitan dengan hutang tertunggak, peserta Felcra yang banyak, ada lebih kurang 20,000 peserta Felcra.

 

“Kita sedang muktamadkan bagaimana nak melupuskan hutang itu dan kita akan bincang perkara ini, lebih baik kita cari jalan untuk elak generasi yang akan datang berdepan masalah sama,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra Berhad di sini, hari ini.

 

Hadir sama, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

 

Jelas Mahdzir, hutang lapuk itu adalah kos perbelanjaan pengurusan tanah dan penanaman kelapa sawit bagi pihak pesertanya yang perlu ditolak selepas hasil kelapa sawit dituai.

 

 

mahdzir

 

 

mahdzir

 

 

mahdzir

 

 

Bagaimanapun hasil tuaian kelapa sawit di tanah pesertanya tidak memadai untuk membayar balik kos yang dibelanjakan Felcra sebelum itu, menyebabkan akaun pesertanya direkodkan sebagai berhutang dengan pihak Felcra sehingga diwarisi kepada generasi peserta Felcra hari ini.

 

"Dia orang bayar secara bulan, ikut pendapatan, jadi hutang awal itu, nak tolak tanah, nak tanam pokok, nak pagar, itu dikira semua sekali itu atas satu individu, atas satu peserta, kemudian lima tahun kemudian, tanah dia dapat hasil barulah ‘start’ nak potong,” katanya.

 

 

mahdzir

 

 

mahdzir

 

 

mahdzir

 

 

Mahdzir berkata, pihaknya kini sedang mencari jalan untuk menyelesaikan hutang lama itu bagi mengelakkan masalah sama dihadapi generasi selepas ini.

 

Pengurusan Felcra menurut beliau, akan membuat permohonan kepada kerajaan untuk melupuskan rekod hutang lapuk itu di peringkat Kementerian Kewangan. - DagangNews.com