KUALA LUMPUR 7 Mac - Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N) memberi penghargaan memberi penghargaan kepada 67 anak-anak kakitangannya yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), pendidikan tinggi selain pemberian anugerah khas menerusi Anugerah Pengerusi F&N edisi ke-19.
Menerusi penghargaan itu, anak-anak kakitangan yang cemerlang dari segi akademik dan aktiviti kokurikulum, menerima ganjaran wang tunai antara RM400 hingga RM5,000 melibatkan dana sebanyak RM196,000.
Seramai dua pelajar menerima anugerah dalam kategori IGCSE, 29 pelajar dalam kategori SPM manakala 35 lagi diberikan penghargaan kerana kejayaan menempatkan diri dalam universiti tempatan atau luar negara dan seorang pelajar menerima anugerah khas atas kejayaannya meraih pinhgat gangsa di sebuah pertandingan matemamtik antarabangsa.
Pengerusi F&N, Tengku Syed Badarudin Jamalullail berkata, dunia hari ini penuh dengan cabaran dan pelbagai peluang menarik dan pelajar-pelajar itu memerlukan dorongan untuk mengembangkan potensi sebenar mereka.
Beliau berkata, pencapaian pelajar perlu diiktiraf bagi membolehkan mereka lebih bersedia untuk berdepan cabaran pada masa akan datang.
“Saya berharap pengiktirafan ini akan memberi motivasi kepada para pelajar terbabit untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan masayarakat juga perlu memainkan peranan kita untuk menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Antara penerima anugerah ialah Jared Ong Kai Ze bagi kategori SPM 2021 iaitu pelajar Sekolah Menengan Jenis (C) Kebangsaan Katholik Petaling Jaya selepas berjaya meraih A untuk smeua mata pelajaran.
"Saya amat berbesar hati dan bersyukur menerima anugerah ini daripada F&N, saya berasa segala usaha saya diiktiraf dan dihargai," katanya.
Sementara itu, seorang kakitangan, Mohd. A. Yazid Yahya berbangga apabila kedua anaknya Balqis yang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Dan Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Nabilah pelajar cemerlang SPM diberikan penghargaan.
"Sebagai ibu bapa, kami amat gembira melihat anak-anak perempuan saya bekerja keras untuk mengejar impian mereka dan diiktiraf atas usaha mereka.
"Saya gembira kerana mereka sentiasa memberi galakan antara satu sama lain dan pencapaian mereka memberi keyakinan bahawa mereka di landasan yang betul untuk terus berjaya," katanya. - DagangNews.com