foodpanda for Business eksklusif untuk pelanggan korporat | DagangNews Skip to main content

foodpanda for Business eksklusif untuk pelanggan korporat

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Mac - foodpanda Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran foodpanda for Business, yang merupakan perkhidmatan eksklusif untuk pelanggan korporat.

 

Perkhidmatan itu membolehkan elaun pekerja, memberi akses kepada katering, diskaun eksklusif, e-baucar serta pakej pekerja yang boleh disesuaikan dan langganan pandapro. 

 

Semuanya akan disokong oleh pengurus akaun dan pasukan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

 

Pengarah Komersial foodpanda Malaysia, Jay Ar Juan berkata, matlamatnya adalah untuk memberi nilai kepada perniagaan dengan fleksibiliti dan kebebasan untuk menyesuaikan pakej kepada pekerja mereka mengikuti keperluan masing-masing. 

 

“Sebagai sebuah organisasi yang berada di platform korporat sendiri, kami mengambil maklum tentang kemudahan dan fleksibiliti yang boleh ditawarkan kepada organisasi lain. 

 

"Kami juga melihat peluang untuk jabatan sumber manusia syarikat untuk menggunakan foodpanda for Business dalam organisasi mereka untuk mengeluarkan insentif pasukan, pakej penjagaan atau sebagai sambutan untuk ahli baharu," katanya dalam satu kenyataan.

 

Dengan foodpanda for Business, pelanggan korporat boleh menikmati menu istimewa dengan pilihan katerer tempatan atau rakan kongsi restoran dengan harga minimum RM100. 

 

Tersedia di pelbagai lokasi, majikan juga berkemampuan untuk memilih pelbagai sajian masakan dengan harga yang berpatutan. Bagaimanapun, ia perlu dirancang terlebih dahulu sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal.

 

 

foodpanda

 

 

foodpanda for Business juga membenarkan para pelanggan membayar hanya untuk kredit yang terpakai dan akses kepada pilihan penggunaan elaun dahulu serta bayar kemudian. 

 

Bukan itu sahaja, elaun harian, mingguan, bulanan atau sehari sahaja boleh ditentukan untuk para pekerja, dan semua butiran serta transaksi pembelian boleh dijejaki dalam invois bil bulanan. 

 

Kakitangan juga boleh menikmati 10% diskaun tidak terhad korporat untuk jumlah pesanan RM50 dan ke atas untuk vendor terpilih, selain baucar diskaun yang tersedia, tetapi jangan lupa untuk membuat pesanan berkumpulan untuk menikmati kod diskaun dan kecekapan rakan penghantar.

 

Selain itu, perniagaan juga akan dapat menikmati faedah luar biasa dengan langganan bulanan pandapro, seperti diskaun eksklusif sebanyak 15%, 12 penghantaran percuma setiap bulan untuk pesanan melebihi RM25, diskaun tambahan 5% untuk pesanan Pick-Up.

 

Faedah lain, termasuk 2 baucar diskaun 20% untuk pandamart dan pesanan Shop melebihi RM45 (terhad kepada RM10) dan rebat 25% untuk bil dine-in di restoran rakan kongsi yang terpilih.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai foodpanda for Business, boleh e-mel kepada corporates@foodpanda.my. - DagangNews.com