KUALA LUMPUR 22 Dis - Gadang Holdings Berhad menyumbangkan wang tunai RM50,000 kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali di SJK(C) Mun Choong hari ini.
Dalam kenyataan di sini, syarikat tersebut berkata, pihaknya berasa amat sedih dengan berita tragedi tanah runtuh Batang Kali kerana ia melibatkan banyak kehilangan nyawa.
"Malah lebih menyedihkan apabila mengetahui guru terbabit kebanyakannya adalah sukarelawan dan melibatkan diri secara agresif dalam kerja-kerja amal dan amat dihormati oleh pelajar.
"Selain itu, salah seorang mangsa (Nurul Azwani) merupakan pencari nafkah tunggal kepada keluarga," kata syarikat itu lagi.
Bagi pihak Gadang Holdings Berhad, wang sumbangan telah dibuat sebagai tanda takziah serta meringankan beban kewangan keluarga tersebut. Ini adalah salah satu usaha Gadang sebagai tanda takziah kepada mereka.
"Gadang juga telah bersedia untuk menggerakkan jengkaut kami kepada pasukan penyelamat untuk kegunaan mereka memandangkan kami dari syarikat pembinaan dan sudah mempunyai peralatan sedemikian," ujarnya.
Walaupun ini tidak dapat mengatasi kesedihan tetapi sedikit sebanyak ini adalah yang terbaik untuk membantu selain daripada sokongan moral.
Gadang juga menyeru orang ramai dan organisasi akan membantu menyokong keluarga mangsa tersebut dengan menyumbang dana kepada mangsa menerusi akaun di atas. - DagangNews.com