Oleh NABILA YASMIN RAZIB
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Aplikasi Telegram memperoleh lebih dari 70 juta pengguna baharu semasa gangguan Facebook pada Isnin, kata Pengasas Telegram, Pavel Durov pada Selasa.
Menurut laporan Reuters, Facebook menyalahkan gangguan yang menjadikan 3.5 bilion penggunanya tidak dapat mengakses perkhidmatan seperti WhatsApp, Instagram dan Messenger kerana perubahan konfigurasi yang salah.
"Kadar pertumbuhan harian Telegram melebihi kebiasaan dengan jumlah yang besar, dan kami menyambut lebih 70 juta 'pelarian' dari platform lain dalam satu hari," tulis Durov di saluran Telegramnya.
Durov berkata beberapa pengguna di Amerika mungkin mengalami kelajuan yang lebih perlahan kerana berjuta-juta orang berlumba-lumba untuk mendaftar pada masa yang sama, tetapi perkhidmatan tersebut berfungsi seperti biasa bagi kebanyakan orang.
Ketua antimonopoli EU, Margrethe Vestager berkata, gangguan yang dihadapi media sosial paling popular itu menunjukkan akibat kebergantungan kepada beberapa pemain besar dan ia menunjukkan lebih banyak saingan diperlukan.
Sementara itu Rusia berkata, kejadian itu menunjukkan bahawa rancangan Moscow untuk mengembangkan platform internet dan rangkaian sosialnya sendiri adalah satu langkah yang tepat.
Gangguan selama hampir enam jam ke atas Whatsapp pada Isnin juga menyebabkankan perdaganan aset dari mata wang kript ke minyak Rusia berjalan lancar, " kata pemain pasaran.
"Walaubagaimanapun peralihan pantas ke platform alternatif seperti Telegram telah menghadkan gangguan," katanya.-DagangNews.com