Giant sumbang wang tunai RM100,000 buat mangsa banjir di Klang | DagangNews Skip to main content

Giant sumbang wang tunai RM100,000 buat mangsa banjir di Klang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 28 Dis - Rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, Giant memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM100,000 bagi membantu keluarga di Klang dan kawasan sekeliling untuk berdepan situasi pasca banjir.

 

Giant menyerahkan sumbangan kepada Yayasan MyKasih untuk diagihkan segera kepada keluarga yang terkesan menerusi MyKad masing-masing dengan setiap keluarga akan menerima RM100 untuk membeli barangan keperluan mereka.

 

Bencana banjir memberi kesan kepada beberapa kawasan di Selangor dan sebahagiannya masih dalam proses untuk pulih.

 

Walaupun paras air mencatatkan penurunan tetapi mangsa terutamanya di kawasan Klang memerlukan pertolongan dari segi makanan dan barangan kesihatan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush berkata, pihaknya bersedih dengan musibah yang memberi kesan kepada kehidupan harian mereka.

 

"Kami berharap sumbagan ni dapat membantu mereka untuk mendapatkan keperluan mereka.

 

"Bencana banjir ini juga turut memberi kesan kepada sejumlah kakitangan Giant, kami akan memberikan bantuan kepada mereka dan keluarga mereka seperti kewangan, penempatan sementara, makanan dan keperluan kesihatan.

 

"Ini adalah masa sukar tetapi aki akan terus mara ke hadapan dan memberikan yang terbaik kepada masyarakat serta rakan pasukan kami sebaik mungkin," katanta. - DagangNews.com