Great Wall Motor buka Pusat 3S baharu di Setia Alam | DagangNews Skip to main content

Great Wall Motor buka Pusat 3S baharu di Setia Alam

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Mac - Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan Pusat 3S terbaharu di Setia Alam, Selangor yang menyediakan jualan, servis dan alat ganti. 

 

GWM memaklumkan, ia menandakan tambahan penting kepada rangkaian GWM dan komitmen untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih luas.

 

Katanya, Pusat 3S GWM Setia Alam seluas lebih 6,000 kaki persegi, terdiri daripada bilik pameran, ruang istirahat pelanggan dan empat ruang servis yang dikendalikan pasukan juruteknik GWM yang terlatih secara profesional. 

 

"Pusat servis ini mampu menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan keperluan penyelenggaraan sehingga 800 kenderaan sebulan, meliputi rangkaian GWM yang pelbagai, termasuk jenama seperti Haval, ORA, dan siri Cannon," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi berkata, pusat 3S baharu itu mencontohi komitmen GWM dalam memberikan perkhidmatan luar biasa dan meningkatkan kemudahan untuk pelanggan di Shah Alam dan Klang.

 

"Dengan kemudahan terkini, kami berhasrat untuk memberikan pengalaman yang tiada tandingan yang mencerminkan dedikasi untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan mengukuhkan reputasi kami untuk kualiti dan kebolehpercayaan," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, seiring dengan pengembangan rangkaian GWM Malaysia, jenama itu secara beransur-ansur memperkenalkan produk baharu kepada pasaran Malaysia.

 

 

GWM

 

 

GWM

 

 

"GWM ORA 07 ditetapkan untuk dilancarkan secara rasmi pada 3 April. Coupe elektrik streamline ini kini dibuka untuk tontonan dan pandu uji di Bilik Pameran GWM di seluruh Malaysia. 

 

 

GWM

 

 

GWM

 

 

"Peminat kereta dan pembeli yang berminat dialu-alukan untuk mengalami keanggunan dan reka bentuk ORA 07 secara langsung. Paling penting, GWM Malaysia menawarkan penyelenggaraan percuma sehingga 5 tahun atau 75,000 kilometer untuk pelanggan yang telah membuat pra-tempahan sebelum tarikh pelancaran EV," katanya. - DagangNews.com