Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]
KUALA LUMPUR 9 Nov - Kerajaan tidak boleh mengenakan Cukai Makmur ke atas pendapatan sebelum cukai tanpa melihat ekosistem yang lebih luas kerana risau kesannya lebih besar walaupun telah mengimbangi diantara keperluan semasa dan pembiayaan untuk fiskal tambahan pada 2022.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, ini kerana daripada 900 buah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, hanya 145 daripadanya merekodkan pendapatan sebelum cukai melebihi RM100 juta pada tahun kewangan 2019.
Ujarnya, bagi tahun kewangan 2020pula, hanya 125 buah syarikat merekodkan pendapatan melebihi RM100 juta daripada 900 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.
"Cukai Makmur akan dikenakan sebanyak 33% kepada syarikat yang merekodkan lebih daripada RM100 juta keuntungan
"Berdasarkan data Bloomberg, hanya 113 syarikat mencapai tahap pendapatan sebelum cukai yang sama sepanjang 2 tahun kewangan yang lalu," katanya pada sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tambahnya, kerajaan juga sedang memantau pergerakan Bursa Malaysia dari semasa ke semasa susulan pengumuman Cukai Makmur dalam Bajet 2022 Oktober lalu.
"Kita telah melihat beberapa reaksi mendadak dalam pasaran berikutan pengumuman Cukai Makmur, namun selepas lebih seminggu pergerakan FBM KLCI menjadi normal dalam julat 1530 ke1540 iaitu penurunan 22 peratus berbanding sebelum Bajet 2022.
"Walaubagaimanapun kerajaan sedang memantau pergerakan bursa dari masa ke semasa dan kita akan lihat kesan yang lebih tinggi kerana dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kita tak boleh kenakan ke atas pendapatan sebelum cukai tanpa melihat ekosistem yang lebih luas kerana kita risau kesannya lebih besar walaupun kita telah mengimbangi diantara keperluan semasa dan pembiayaan untuk fiskal tambahan pada 2022," jelasnya.
Pada pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan bercadang memperkenalkan cukai khas secara sekali sahaja, iaitu Cukai Makmur, kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi bagi memastikan sistem kesihatan awam lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan. -DagangNews.Com