Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel penyelesaian kepada masalah kulit berjerawat | DagangNews Skip to main content

Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel penyelesaian kepada masalah kulit berjerawat

KUALA LUMPUR 1 April - Unit Pernigaan Penjagaan Kesihatan DKSH melancarkan produk gel anti jerawat, Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel sebagai penyelesaian individu yang memiliki masalah kulit berjerawat.

 

Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel dirumus khas oleh Medinova AG, sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa yang menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif kepada pengguna di seluruh duniadan merupakan ahli Kumpulan DKSH.

 

Formulasi Hiruscar Anti-Acne Spot Gel direka untuk menyelesaikan masalah kulit berjerawat dan bintik hitam.

 

Penggunaan Opuntia Ficus-Indica iaitu ektrak dari sejenis bunga kaktus yang mempunyai sifat antioksidan serta ekstrak Centella Asiatica sejenis bahan unik dengan anti-radang dan Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel terbukti secara klinikal 100% berkesan dalam menyelesaikan masalah jerawat.

 

Naib Presiden Penjagaan Kesihatan DKSH Malaysia, Gary Chee berkata, produk itu disasarkan untuk pengguna berusia antara 18 hingga 25 tahun yang memiliki masalah jerawat pada skala sederhana dan gagal mencari penyelesaian.

 

Beliau berkata, Hiruscar Anti-Acne Advance Spot kini boleh didapati di farmasi di seluruh Malaysia termasuk platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

 

"Berdasarkan kepada data klinikal, kami yakin bahawa formulasi Hiruscar mampu memberi penyelesaian terbaik kepada mereka yang mengalami masalah jerawat.

 

"Kami berbangga untuk terus setia dalam memberikan kehidupan lebih baik kepada orang ramai," katanya. - DagangNews.com