KUALA LUMPUR 23 Mei - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research hari ini menghentikan liputan dan penarafannya ke atas Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) Holdings Berhad disebabkan pengagihan semula sumber dalaman dan kekurangan minat pelabur terhadap syarikat.
Susulan itu, saranan 'jual' yang dibuat firma itu sebelum ini dengan harga sasaran (TP) RM0.35 tidak lagi boleh digunakan sebagai rujukan pada masa hadapan.
"Kami merasakan prestasi kumpulan itu seharusnya bertambah baik pada FY22 dan kami percaya bahawa kumpulan itu memerlukan penambahan kerja yang lebih konsisten dan peningkatan aktiviti kerja untuk pulang modal," katanya dalam satu nota kajian hari ini.
Terdahulu, kerugian bersih teras 1QFY22 yang dicatatkan MMHE sebanyak RM6.7 juta dan ia berada dalam jangkaan firma itu dan konsensus penuh masing-masing sebanyak RM56.1 juta dan RM5.8 juta.
Firma itu juga mengunjurkan keuntungan 1QFY22 kepada 9.4 juta pembalikan bersih kerugian rosot nilai ke atas penghutang dagangan.
"MMHE merekodkan kerugian bersih teras lebih rendah iaitu RM6.7 juta berbanding RM106.6 juta pada 4QFY21.
"Ini kerana kumpulan itu terjejas oleh peruntukan kos tambahan untuk projek berterusan dalam segmen Kejuruteraan Berat (projek Kasawari dan Jerun) tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, MMHE sudah memasang panel solar 8.3MWp untuk limbungannya dan ia dijangka menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta untuk tempoh lebih 20 tahun selain ia selaras dengan mengurangkan pelepasan karbon. - DagangNews.com