HLIB kekal saranan 'beli', TP RM2.00 terhadap DRB-Hicom | DagangNews Skip to main content

HLIB kekal saranan 'beli', TP RM2.00 terhadap DRB-Hicom

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Okt - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap DRB-Hicom Berhad pada harga sasaran (TP) RM2.00 sesaham dan kekal positif terhadap prospek kumpulan itu.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Proton menjangkakan momentum pertumbuhan berterusan pada 2023 dan sasaran jualan sebanyak 310,000 unit pada 2030 dan 500,000 unit pada 2035.

 

Katanya, memandangkan pengurusan kekal fokus dalam memperkenalkan model baharu dengan peningkatan pengeluaran dan kecekapan kos, serta sebagai meningkatkan pengalaman pelanggan.

 

"Pengurusan menyasarkan Kenderaan Elektrik (EV) Proton baharu yang akan diperkenalkan seawal 2025," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

HLIB berkata, peringkat pertama adalah memulakan pengedaran EV “pintar” di Malaysia (bermula suku keempat tahun ini) dan ASEAN.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Proton juga bekerjasama dengan Gentari dalam pembangunan EV, mobiliti dan ekosistem tenaga baharu (RE).

 

“Tambahan pula, Proton memanfaatkan pengetahuan dan teknologi Geely untuk membangunkan rangkaian EV sendiri. 

 

"Pihak pengurusan memberi gambaran bahawa model EV Proton baharu untuk dilancarkan seawal 2025.

 

“Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan TP tidak berubah sebanyak RM2.00 berdasarkan diskaun 25% kepada SOP: RM2.50,” katanya. - DagangNews.com