I-Berhad yakin prospek Segi Tiga Emas i-City pacu ke hadapan | DagangNews Skip to main content

I-Berhad yakin prospek Segi Tiga Emas i-City pacu ke hadapan

Pengerusi Kumpulan I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong
 



 

SHAH ALAM 29 Jun – Syarikat I-Berhad tetap menaruh keyakinan terhadap prospek Segi Tiga Emas i-City, dan berada di kedudukan baik untuk memacu ke hadapan apabila ekonomi negara memulih daripada impak pandemik COVID-19.

 

Dalam mesyuarat agung tahunan ke-54 hari ini, I-Berhad mengumumkan imbangan kewangan yang teguh, digandingkan lagi dengan perkongsian perniagaan secara berterusan, akan terus memberikan fleksibiliti kewangan kepada Kumpulan untuk meraih peluang-peluang pertumbuhan.

 

Malah, Kumpulan syarikat juga yakin menerusi strategik konsolidasinya, ia akan mempersiapkan Kumpulan untuk bersedia-sedia ke hadapan apabila ekonomi memulih.

 

Segi Tiga Emas i-City kekal menjadi fokus utama bagi I-Berhad. Bandar Teknologi yang diperkasa oleh prasarana teknologi berkaitan `Ibu’ kepada Internet iaitu rangkaian 400G yang berupaya lebih tinggi akan memudahcara pembangunan Teknologi Maklumat dan Kewangan di dalam industri perkhidmatan.

 

Pengerusi Kumpulan Tan Sri Lim Kim Hong berkata, Bandar Teknologi I-Berhad dengan penggunaan teknologi maju memberikan syarikat kelebihan besar ke atas peserta lain di dalam industri, yang membolehkan syarikat menarik firma terkemuka untuk berpindah ke Segi Tiga Emas i-City.

 

“Dengan pemindahan institusi kewangan serantau ke menara korporat bergred A, GBI pertama i-City, kami menjangka untuk meraih 80% kadar ambilan bagi menara yang baharu sahaja disiapkan. Menara korporat berstatus MSC itu juga akan menempatkan pejabat syarikat multinasional dan peserta logistik antarabangsa,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Arah tuju pembangunan Segi Tiga Emas i-City sebagai Bandar Teknologi No.1 Malaysia dan Hab Kewangan akan meneguhkan kedudukan Kumpulan menerusi nilai dan peluang yang akan dibawanya.

 

“Sebagai tambahan kepada pusat data Tahap 3 pertama kami yang beroperasi sejak 2008 yang kini disewa penuh, kami merancang untuk menambah dua lagi pusat data setiap satunya seluas 100,000 kaki persegi bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk kemudahan pengkomputeran awan,” ujar beliau.

 

i-city

 

Apabila siap Bandar Teknologi ini, i-City akan merubah pencakar langit di ibu negeri Selangor, dengan penyediaan kediaman bagi 25,000 penghuni dan 30,000 pekerja berpengetahuan, di mana orang bekerja, berjual runcit dan bersantai di dalam Segi Tiga emas i-City.

 

Pada separuh kedua 2021, Kumpulan bakal menyiapkan pembangunan DoubleTree by Hilton dan Hill10 dengan DoubleTree by Hilton dijadual memulakan perniagaan pada 2022. - DagangNews.com