Ikhlas Capital milik Nazir Tun Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura | DagangNews Skip to main content

Ikhlas Capital milik Nazir Tun Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura

KUALA LUMPUR 24 Jun - Sekumpulan pelabur termasuk bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd, Tan Sri Nazir Tun Razak melabur sehingga AS$40 juta (RM188.5 juta) dalam Food Empire Holdings Ltd melalui terbitan nota boleh tukar tebus (REN).

 

Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.

 

 

Selain Nazir sebagai rakan Pengasas dan Pengerusi Ikhlas Capital, ia termasuk Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB, Kenny Kim; bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan dan bekas Setiausaha Kewangan Filipina, Cesar Purisima. 

 

 

kenny kim
KENNY KIM

 

Gita Wirjawan
GITA WIRJAWAN

 

Cesar Purisima
CESAR PURISIMA

 

food empire
MacCoffee merupakan antara produk miliki Food Empire. - Gambar/The Edge Singapore 

 

 

Pelabur Ikhlas Capital termasuk lebih 50 institusi ASEAN dan pejabat keluarga, kata portal itu.

 

Di bawah terma terbitan itu, REN, yang mempunyai tempoh lima tahun, membawa faedah tahunan sebanyak 5.5% dan boleh ditukar kepada saham Food Empire baharu pada AS$1.09 (RM5.14) setiap satu.

 

"Lembaga pengarah percaya selain suntikan modal, kehadiran, pengetahuan dan rangkaian tempatan Ikhlas Capital di Asia Tenggara akan membantu kumpulan itu mempercepatkan lagi pertumbuhan berskala di Asia Tenggara dan antarabangsa," kata Food Empire. - DagangNews.com