KUALA LUMPUR 4 April - Bank Negara Malaysia menjangkakan inflasi keseluruhan akan berpurata antara 2% hingga 3.5% pada tahun 2024.
"Julat unjuran yang lebih luas mengambil kira beberapa kesan inflasi semakin tinggi berikutan pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
"Kesan keseluruhan ke atas inflasi akan bergantung pada magnitud dan pengaturan masa pelarasan harga bahan api serta langkah-langkah sokongan seperti pindahan wang tunai bersasar," kata bank pusat dalam kenyataan media.
Menurut BNM, bahawa bagi tempoh jangka pendek, rasionalisasi subsidi boleh memberikan kesan pada penggunaan swasta.
Walau bagaimanapun, hal ini sebahagiannya akan dikurangkan oleh bantuan bersasar daripada Kerajaan.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7353927357461171463.jpg?itok=HlwYqrpg","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7353927357461171463?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7320060357279254034","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Menurut BNM, dasar monetari akan terus berpandangan ke hadapan dan berdasarkan maklumat penilaian MPC mengenai prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
Trajektori pertumbuhan yang positif dan inflasi yang sederhana pada tahun ini membuka peluang bagi pelaksanaan pembaharuan struktur.
Pendekatan yang lebih bersasar untuk subsidi bahan api adalah sangat penting untuk membantu mengurangkan kesan kos sara hidup ke atas rakyat.
Pendekatan ini bukan sahaja memastikan bantuan disediakan kepada mereka yang memerlukan, malah penjimatan kos daripada rasionalisasi subsidi bahan api ini akan mewujudkan ruang fiskal yang sangat diperlukan untuk pelaburan penting bagi inisiatif kesihatan, pendidikan dan infrastruktur awam.- DagangNews.com