KUALA LUMPUR 24 Julai 2024 - Inflasi Malaysia kekal 2% pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam pelaporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Jun 2024 hari ini, DOSM berkata, kelas perbelanjaan sayur-sayuran merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 6.2% berbanding Mei 2024, 4.8%.
Keseluruhannya, peningkatan inflasi pada Jun 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.3%); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (3.2%); Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.8%) dan Makanan & Minuman (2.0%).
Pakaian & Kasut dan Insurans & Perkhidmatan Kewangan pula masing-masing menurun kepada -0.1% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7395106556221689104.jpg?itok=bdsvHW1e","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7395106556221689104?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,inflasi Restoran & Perkhidmatan Penginapan meningkat kepada 3.3% (Mei 2024: 3.2%).
Katanya, ini disebabkan oleh peningkatan subkumpulan Utama Perkhidmatan penyediaan minuman kepada 4.2% (Mei 2024: 4.1%) manakala, inflasi Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya pada 3.2%.
"Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh subkumpulan Bekalan air & pelbagai perkhidmatan berkaitan rumah kediaman, 32.1% (Mei 2024: 32.1%).
"Inflasi bagi Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan meningkat 2.8 peratus pada Jun 2024 berbanding 3.0% pada Mei 2024.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh kelas perbelanjaan barang kemas & jam tangan kepada 15.3% (Mei 2024: 16.5%)," katanya dalam kenyataan media hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Inflasi Malaysia meningkat 2.0% pada Mei 2024, kenaikan pertama sejak Feb 2024 - DOSM
Sementara itu, Dr Mohd Uzir berkata, Kumpulan Makanan & Minuman yang menyumbang 29.8% daripada keseluruhan wajaran IHP mencatatkan peningkatan 2.0% pada Jun 2024 (Mei 2024: 1.8%) manakala subkumpulan utama Makanan di rumah meningkat 0.9% pada Jun 2024 berbanding 0.5% pada bulan sebelumnya.
Katanya, kelas perbelanjaan sayur-sayuran merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 6.2% (Mei 2024: 4.8%) dengan sayur-sayuran yang mencatatkan kenaikan dua digit antaranya adalah kacang panjang, lada benggala dan timun.
"Inflasi bagi kelas perbelanjaan daging meningkat kepada 0.2% pada Jun 2024 (Mei 2024: -0.3%). Daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar merangkumi 32.6% dalam kelas perbelanjaan Daging kembali ke jajaran positif iaitu 1.1% (Mei 2024: -0.8%).
"Berdasarkan pengumpulan data oleh pihak DOSM, purata harga ayam standard di Malaysia pada Jun 2024 adalah RM10.58 sekilogram berbanding RM10.54 sekilogram pada bulan Jun 2023 (Mei 2024: RM10.42), manakala, purata harga ayam standard bagi Semenanjung Malaysia pada Jun 2024 adalah RM9.92 sekilogram berbanding RM9.93 sekilogram pada bulan Jun 2023 (Mei 2024: RM9.71).
Subkumpulan utama Makanan di luar rumah meningkat lebih perlahan sebanyak 3.3% berbanding 3.4% pada bulan sebelumnya. Antara item yang merekodkan peningkatan lebih rendah berbanding bulan sebelum ialah seperti roti canai dan masakan ayam," ujarnya.
Selain itu, menurut beliau, inflasi Pengangkutan meningkat 1.2% pada Jun 2024 berbanding 0.9% pada Mei 2024 dengan peningkatan tersebut disumbangkan oleh subkumpulan utama pengurusan peralatan pengangkutan persendirian yang meningkat kepada 1.7% pada Jun 2024 (Mei 2024: 1.4%).
"Kerajaan telah menetapkan harga runcit baru bagi diesel iaitu RM3.35 seliter berbanding RM2.15 seliter bermula 10 Jun 2024 untuk Semenanjung Malaysia. Manakala, harga runcit Diesel bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
"Di samping itu, purata harga petrol tanpa plumbum RON97 pada Jun 2024 adalah RM3.47 seliter berbanding RM3.37 seliter pada Jun 2023 (Mei 2024: RM3.47)," katanya.
Ketua Perangkawan Malaysia turut menambah, berhubung dengan inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 2.0%.
Walau bagaimanapun, katanya, empat negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (3.3%), Sarawak (2.7%), Pahang (2.7%) dan Selangor (2.4%).
"Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi Makanan & Minuman. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor pada 3.3%, diikuti oleh Pulau Pinang (2.9%) dan Perlis (2.1%).
"Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi Makanan & Minuman nasional iaitu 2.0% pada Jun 2024," jelasnya.
Katanya, inflasi teras meningkat 1.9% pada Jun 2024, kadar yang sama seperti yang direkodkan pada Mei 2024.
Menurut Dr Mohd Uzir, peningkatan ini didorong terutamanya oleh kumpulan utama Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.3%) dan Makanan & Minuman (2.8%).
"Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (2.0%) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (4.3%), Filipina (3.7%), Indonesia (2.5%) dan Republic of Korea (2.4%).
"Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (0.6%) dan China (0.2%)," ujarnya. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/U1QeZ-sPhqU.jpg?itok=8i1ttXe7","video_url":"https://youtu.be/U1QeZ-sPhqU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}