KUALA LUMPUR 1 Mac - Ireka Corporation Berhad menjadi syarikat terkini diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN 17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR), menjadikan jumlah syarikat PN17 kepada 29 setakat hari ini.
Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) berkata, ia akan terus memantau perkembangan syarikat pembinaan itu, berhubung pematuhannya terhadap MMLR.
“Setakat 1 Mac 2022, terdapat sebanyak 29 buah syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 3.13% daripada jumlah keseluruhan 926 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities,” katanya.
Senarai syarikat PN17:
1. AIRASIA GROUP BERHAD
2. AIRASIA X BERHAD
3. ASIA MEDIA GROUP BERHAD
4. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD
5. BERTAM ALLIANCE BERHAD
6. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD
7. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
8. COMINTEL CORPORATION BERHAD
9. DAYA MATERIALS BERHAD
10. DOLOMITE CORPORATION BERHAD
11. E.A.TECHNIQUE (M) BERHAD
12. FSBM HOLDINGS BERHAD
13. IQZAN HOLDING BERHAD (FORMERLY KNOWN AS IRE-TEX CORPORATION BERHAD)
14. IREKA CORPORATION BERHAD
15. JERASIA CAPITAL BERHAD
16. KHEE SAN BERHAD
17. KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD
18. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
19. NATIONWIDE EXPRESS HOLDINGS BERHAD
20. PERAK CORPORATION BERHAD
21. SCOMI ENERGY SERVICES BHD
22. SCOMI GROUP BERHAD
23. SEACERA GROUP BERHAD
24. SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD
25. SUMATEC RESOURCES BERHAD
26. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
27. TOP BUILDERS CAPITAL BERHAD
Syarikat di bawah GN3:
1. G NEPTUNE BERHAD
2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAD
Ketika urus niaga pasaran saham ditutup 1 Mac 2022, saham Ireka naik 2 sen menjadi 7.6 sen sesaham. - DagangNews.com