Iskandar Mizal tamat kontrak Pengarah Urusan MAHB pada 24 Oktober 2023 | DagangNews Skip to main content

Iskandar Mizal tamat kontrak Pengarah Urusan MAHB pada 24 Oktober 2023

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 6 Okt – Lembaga Pengarah Malaysia Airports Holdings Berhad mengumumkan Dato’ Sri Iskandar Mizal Mahmood melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan (MD) yang tamat tempoh kontraknya pada 24 Oktober 2023.

 

Iskandar dilantik sebagai MD MAHB pada 25 Oktober 2021, menurut dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Sepanjang tempoh dua tahun beliau menerajui beberapa aliran transformasi yang menyumbang ketara kepada pertumbuhan Kumpulan, mengakibatkan trajektori kukuh Kumpulan ke arah pemulihan kewangan daripada kesan pandemik global.

 

"Lembaga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Iskandar atas khidmat teladan dan kepimpinan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Malaysia Airports," kata MAHB.

 

 

Mohamed Rastam Shahrom
            Mohamed Rastam Shahrom

 


Lembaga Pengarah juga mengumumkan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Mohamed Rastam Shahrom akan memegang peranan sebagai Pemangku CEO Kumpulan MAHB mulai 25 Oktober 2023.

 

Mohamed menyertai MAHB pada 1 Januari 2020 sebagai Ketua Kumpulan Pegawai Kewangan Kumpulan. - DagangNews.com