Isteri, anak Perdana Menteri sampaikan bantuan kepada mangsa banjir | DagangNews Skip to main content

Isteri, anak Perdana Menteri sampaikan bantuan kepada mangsa banjir

Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri (kanan) bertanya khabar dengan seorang daripada mangsa banjir di PPS MBSA Seksyen 17, Shah Alam pada 20 Disember 2021.
 

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Dis - Mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor hari ini, terkejut dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang menyantuni mereka.

 

Muhaini dan anak sulungnya Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.

 

Difahamkan, kedua-dua mereka memulakan tinjauan ke PPS sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun, Nanding.

 

Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri.

 

Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT. - DagangNews.com