JAKS Resources bekerjasama dengan ZC Energy sertai projek solar PV di Itali | DagangNews Skip to main content

JAKS Resources bekerjasama dengan ZC Energy sertai projek solar PV di Itali

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Julai - JAKS Resources Berhad bekerjasama dengan syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE) yang berpangkalan di Jerman untuk menyertai projek solar fotovoltaik (PV) dengan kapasiti terpasang 63.3 MW di Tuscany, Itali.

 

Anak syarikatnya, JAKS Power Sdn. Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Zero Carbon Energy Europe GmbH (ZC Energy). 

 

Di bawah MOU itu, JAKS Power mempunyai tiga bulan untuk menjalankan usahanya dan selepas itu mereka mungkin menandatangani perjanjian pelaburan projek muktamad dengan ZC Energy.

 

ZC Energy terlibat dalam pembangunan dan pelaburan dalam RE, berdagang dalam produk RE dan mengendalikan dan mengurus sistem PV, turbin angin, sistem hidrogen dan sistem penyimpanan.

 

Mereka menerusi BaySolar AG dan Bay Energy Group, mereka telah menyelesaikan pelbagai projek solar PV di seluruh Eropah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif JAKS, Andy Ang Lam Poah berkata, kesedaran global yang semakin meningkat mengenai penggunaan RE telah mendorong syarikat itu meluaskan perniagaan RE melangkaui pasaran Malaysia.

 

“Memperluas ke dalam industri RE Itali memegang janji yang besar, memandangkan komitmen kuat kerajaan Itali untuk mempromosikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. 

 

"Antara 2005 dan 2021, penjanaan elektrik daripada sumber boleh diperbaharui meningkat lebih daripada dua kali ganda. 

 

"Ia menyumbang 40.5% daripada jumlah penjanaan elektrik pada 2021. Kerajaan menyasarkan untuk menjana hampir 65% tenaga elektriknya daripada sumber tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030,” katanya.

 

Beliau berkata, kerjasama dengan ZC Energy akan memudahkan kemasukan awal JAKS ke Eropah dan mengembangkan portfolio asetnya, khususnya dalam sektor RE.- DagangNews.com