Jam Tangan Pintar Amazfit Siri GTR 3 dan GTS 3: Gabungan Fesyen dan Teknologi | DagangNews Skip to main content

Jam Tangan Pintar Amazfit Siri GTR 3 dan GTS 3: Gabungan Fesyen dan Teknologi

KUALA LUMPUR 10 Nov – Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global terkemuka menampilkan tiga jam tangan pintar baharu: GTR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3.

 

Mengetengahkan kesihatan pintar yang dipermudahkan, siri peranti boleh pakai terkini Amazfit membolehkan pengguna meningkatkan usaha mereka, menambah baik kesihatan mereka, dan menaik taraf gaya hidup mereka tanpa mengorbankan gaya peribadi.

 

Ia dilengkapi dengan ciri-ciri kesihatan dan kecergasan canggih yang ditampilkan dalam rekaan anggun dan bergaya dikuasakan oleh Zepp OS.

 

Ciri-ciri Kesihatan dan Gaya Hidup

Ketiga-tiga jam tangan pintar baharu Amazfit menampilkan pelbagai ciri kesihatan, kecergasan dan gaya hidup yang inovatif, dipaparkan dalam Zepp OS.

 

Menerusi antara muka yang intuitif dan berkuasa, OS berkenaan memperkasa pengguna untuk menyerlahkan potensi sebenar mereka, meneroka minat mereka dan menjalani kehidupan dengan positif.

 

OS baharu berkenaan disesuaikan untuk mengoptimumkan prestasi peranti boleh pakai pintar Amazfit – bukannya memindahkan OS telefon pintar yang susut kuasa ke pergelangan tangan pengguna.

 

Direka berasaskan konsep ringan, lancar dan praktikal, OS ini akan membolehkan interaksi yang lebih mudah dan membantu pengguna menyingkirkan operasi remeh dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah dibandingkan dengan sistem operasi jam pintar sebelum ini.

 

 

amazfit

 

Ia juga berfungsi di semua peranti Android dan iOS, serta mampu berhubung dengan platform kesihatan yang popular seperti Apple Health atau Google Fit, untuk menyelaraskan data kesihatan anda serta Strava, Relive, Runkeeper, dan TrainingPeaks bagi menyelaras dan berkongsi data sukan. Huraian lain termasuk:

  • Penyesuaian: Sehingga lebih 150 muka jam menarik dengan paparan sentiasa dihidupkan yang sepadan dengan setiap mood atau acara, di samping kesan dinamik dan animasi lancar. Malah pemakai boleh mereka bentuk muka jam dan aplikasi mini mereka sendiri bersama kit pembangun aplikasi (disediakan dalam masa terdekat).
     
  • Pengukuran kesihatan mudah 4-dalam-1: Kemampuan untuk menguji empat metrik kesihatan dalam satu ketikan hasil daripada BioTrackerTM PPG 3.0 6PD (fotodiod) tersedia yang mengukur empat metrik kesihatan (kadar degupan, oksigen darah, tahap tekanan dan kadar pernfasan) serendah 45 saat.
     
  • Pengurusan kesihatan mudah 24 jam: Memantau kadar degupan jantung anda sepanjang hari – meskipun ketika berenang. Menerusi amaran untuk kadar degupan yang tinggi atau rendah yang tidak normal serta mengesan zon kadar degupan jantung supaya anda boleh mengoptimumkan senaman anda, jam tangan berkenaan merupakan rakan kesihatan yang komprehensif dan mudah digunakan untuk semua orang.
     
  • Mudah difahami: Tahap kesihatan dan kesejahteraan semasa anda dinilai serta-merta dan ditukarkan kepada skor PAI, disusun daripada data berdasarkan aktiviti anda selama tujuh hari sebelum ini.
     
  • Pengesanan tidur termaju daripada jam tangan anda: Memantau peringkat tidur ringan, mendalam dan REM anda serta waktu anda terjaga di malam hari, tidur sebentar di siang hari melebihi 20 minit malah memantau kualiti pernafasan ketika anda tidur. Untuk kemudahan tambahan, periksa data tidur anda terus pada jam tangan.


     
  • amazfit

     
  • Pengesanan kitaran haid termaju: Memahami kitaran haid anda dengan lebih mudah dan melakukan perancangan lebih awal. Selepas merekodkan tempoh kitaran haid, anda boleh meramalkan masa dan tempoh kitaran haid serta kesuburan berikutnya dengan pintar dan intim tanpa sebarang kejutan.
     
  • Skrin akses pantas yang cekap:  Menjimatkan masa, disesuaikan mengikut kepentingan anda dan mengakses Kad Jalan Pintas untuk menempuh hari anda dengan tenang. Dapatkan akses mudah untuk maklumat penting dengan satu leretan atau ketikan.
     
  • Kawalan suara: Menerusi Alexa, anda boleh menetapkan penggera, bertanyakan soalan apabila berada dalam talian, dan apabila di luar talian, menggunakan Pembantu Suara Luar Talian untuk membuka mod sukan atau ciri kesihatan atau mengakses Home Connect untuk mengawal peranti rumah pintar. Juga nikmati ekosistem lebih daripada 10 aplikasi mini yang kian berkembang.
     
  • GPS yang pantas dan tepat: Bermula dengan lebih pantas dengan pengesanan lokasi yang tepat berdasarkan lima sistem satelit.
     
  • Pilihan untuk perincian peribadi: Utamakan ciri-ciri pilihan anda, muat naik foto untuk menyesuaikannya dengan latar muka jam tangan anda, atau pilih daripada 15 rekaan animasi untuk memadankan penampilan anda sama ada ketika di tempat kerja, berehat atau bermain.
     
  • Alatan motivasi: Menjejaki larian anda dengan pilihan Virtual Pacer, kemudian optimumkan perkembangan dan pemulihan anda dengan algoritma prestasi PeakBeats.
     
  • Alatan mentadbir kehidupan: Uruskan hari anda dengan makluman mesej, peringatan sedentari dan minum air, kalendar, acara dan senarai kerja, ramalan cuaca, alat kawalan jauh kamera Bluetooth serta banyak lagi.

     

Zepp OS juga hadir dengan pelbagai maklumat kesihatan dan kecergasan yang komprehensif manakala Aplikasi Zepp pada telefon pintar anda bertindak sebagai hab di mana anda boleh mengakses nasihat tambahan untuk membantu anda mencapai matlamat.

 

TR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3 dicipta untuk menyerlahkan semangat membara dan pelaksana prestasi sebenar  – bagi membantu anda menempuh kehidupan digital anda dengan lancar serta mencapai keseimbangan dan kejayaan.

 

amazfit

 

 

Amazfit GTR 3 Pro: Direka untuk Memperkasa

Sebagai pilihan premium bagi siri baharu peranti boleh pakai fesyen Amazfit, jam tangan pintar GTR 3 Pro menyediakan beberapa inovasi peneraju pasaran serta menggalakkan anda untuk menjalani gaya hidup sihat dan mencetus semangat dalaman anda.

 

Mengetengahkan paparan ultra HD AMOLED 331 ppi 1.45-inci, GTR 3 Pro menyediakan visual mempesona dan antara muka yang mudah digunakan. Skrin bulat yang besar memaparkan kadar terkini untuk interaksi lancar, jam tangan berkenaan menikmati nisbah skrin-kepada-badan 70.6% yang mengagumkan, justeru meskipun ia memiliki salah satu paparan jam tangan bulat terbesar di pasaran, tanpa ruang yang dibazirkan, GTR 3 Pro tetap memiliki saiz yang selesa dipakai.

 

Melihat sekali imbas pelbagai ciri dan mod sukan dengan navigasi klasik, untuk maklum balas yang meyakinkan dan intuitif tatkala anda memutar di hujung jari.

 

Sama ada anda mengaktifkan penjejakan aktiviti menerusi salah satu daripada lebih 130 mod sukan tersedia atau memantau tahap tekanan anda, GTR 3 Pro memperkasakan anda untuk terus peka terhadap kesihatan anda setiap waktu.  Dan sekiranya anda terlupa untuk mengaktifkan mod sukan, usah bimbang – ciri pengecaman pintar[12] mengetengahkan lapan sukan popular untuk memastikan anda tidak ketinggalan dalam menjejak aktiviti.

 

Kelebihan GTR 3 Pro yang berdaya maju adalah jangka hayat baterinya, kerana jam tangan tersebut mendapat manfaat daripada sel 450 mAh mencukupi, yang menyediakan sehingga 12 hari[13] hayat bateri tanpa henti daripada sekali pengecasan. Justeru tiada lagi kebimbangan mengenai kehabiasan kuasa.

 

Tambahan pula, peminat muzik bakal menggemari memori tersedia GTR 3 Pro 2.3GB[14], yang berupaya untuk menyimpan sehingga 470 lagu. Ini bermakna memainkan semula muzik secara bebas terus daripada jam anda tanpa telefon di tangan. Untuk kemudahan tambahan, GTR 3 Pro boleh menjawab dan membuat panggilan telefon apabila dihubungkan dengan telefon pintar menerusi Bluetooth, jadi anda boleh berbual dengan bebas tanpa menggunakan tangan.

 

GTR 3: Direka supaya Tahan Lama

Diperbuat daripada aloi aluminium gred pesawat yang ringan namun tahan lama dengan mahkota boleh putar yang anggun, rekaan tanpa bezel GTR 3 berintegrasi dengan mudah bersama skrin kaca melengkung untuk memberikan keasyikan rasa memuncak.

 

Rekaan bergaya dengan tali silikon antibakteria yang selesa memberikan gaya klasik untuk dipadankan dengan pakaian berbeza  - daripada sut hinggalah pakaian senaman anda, dan anda boleh menyesuaikan muka jam tangan GTR 3 untuk memaparkan semua maklumat yang diperlukan sekali imbas.

 

Menampilkan paparan HD AMOLED 1.39 inci, GTR 3 mengaktifkan Zepp OS Amazfit yang mengasyikkan, dikuasakan oleh bateri 450 mAh untuk hayat bateri berpanjangan sehingga 21 hari. Ini bermakna sehingga tiga minggu untuk sekali cas, dan lebih lama jika anda mengaktifkan Mod Penjimat Bateri GTR 3.

 

 

amazfit

 

 

GTS 3: Direka untuk Bergerak

Menerusi skin ultra HD AMOLED 1.75-inci segi empat sama yang moden dengan 341 ppi, GTS 3 adalah salah satu daripada jam tangan pintar paling nipis dan paling ringan, namun masih memiliki nisbah skrin-kepada-badan 72.4% yang besar. Direka untuk sesiapa jua yang mahukan paparan jam tangan pintar yang bergaya dan nipis, bentuknya menggambarkan telefon pintar anda dengan bergaya, namun ciri-cirinya sepadan dengan ciri-ciri GTR 3 hampir di seluruh bahagian.

 

“Ketiga-tiga jam tangan ini mengotakan janji Kesihatan Pintar yang Dipermudahkan. GTR 3 Pro direka untuk memperkasa. Amazfit GTR 3 direka untuk bertahan lama. Dan GTS 3 direka untuk bergerak. Kami berharap anda teruja dengan generasi baharu ini sama seperti kami. Menghubungkan kesihatan dengan teknologi merupakan falsafah teras di sebalik Zepp OS. Justeru, kami mencipta Zepp OS untuk menjadi sistem operasi bertumpukan kesihatan yang membantu jam tangan kami mencapai misi untuk mempermudahkan semua orang menjalani kehidupan sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Zepp Health, Wayne Huang.

 

Harga dan Ketersediaan

Amazfit GTR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3 dibuka untuk jualan secara rasmi mulai 5 November 2021, pada harga:

 

GTR 3 Pro - RM929

GTR 3 - RM649

GTS 3 - RM649

 

Terdapat juga hadiah istimewa (Dizo GoPods D) x300 unit* dengan pembelian Amazfit GTR 3 Pro dan GTS 3 di Shopee mulai 5 hingga 11 November dan (Dizo GoPods D) x300 unit* apabila anda membeli GTR 3 di Lazada mulai 5 hingga 9 November.
 


Untuk pembeli di Shopee, anda juga mungkin bertuah dengan membawa pulang Amazfit Airrun Treadmill sebagai hadiah cabutan bertuah apabila membelanjakan RM999 dan ke atas. *Sementara stok masih ada - DagangNews.com