Jualan sektor pembuatan Oktober meningkat 2.2% | DagangNews Skip to main content

Jualan sektor pembuatan Oktober meningkat 2.2%

 sektor pembuatan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Nilai jualan sektor pembuatan negara pada Oktober 2020 meningkat sebanyak 2.2% kepada RM122.0 bilion berbanding tahun sebelumnya.

 

Jualan sektor pembuatan pada Oktober mengekalkan prestasi pertumbuhan positif untuk lima bulan berturut-turut.

 

"Peningkatan yang direkodkan bagi nilai jualan pada bulan Oktober 2020 adalah didorong oleh peningkatan dalam produk makanan, minuman & tembakau (13.8%), produk kelengkapan pengangkutan & pembuatan lain (9.3%) dan produk peralatan elektrik & elektronik (3.8%).

 

Uzir Mahidin
Uzir Mahidin

 

"Sementara itu, berasaskan bulan ke bulan, nilai jualan meningkat 0.6%," jelas Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Uzir Mahidin dalam laporan Perangkaan Pembuatan Bulanan Oktober 2020 yang diterbitkan hari ini.

 

Ujar beliau, jumlah pekerja dalam sektor pembuatan pada bulan Oktober 2020 adalah seramai 2,188,520 orang.

 

Jumlah itu berkurang sebanyak 2.3% berbanding 2,241,170 orang pada Oktober tahun lalu.

 

Jualan sektor pembuatan Oktober

 

Gaji dan upah yang dibayar pula berjumlah RM7,198.3 juta yang merosot sebanyak 1.6% atau RM116.1 juta pada Oktober 2020 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

 

Nilai jualan per pekerja meningkat 4.7% kepada RM55,747 berbanding bulan yang sama tahun 2019. 

 

Sementara itu, purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,289 pada bulan Oktober 2020. - DagangNews.com