Justin Then dilantik sebagai CEO H+K Singapura & Malaysia | DagangNews Skip to main content

Justin Then dilantik sebagai CEO H+K Singapura & Malaysia

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

[email protected]

 

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Hill+Knowlton Strategies (H+K) mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan Lumos H+K Malaysia, Justin Then sebagai Ketua Pegawai Eksekutif H+K yang bertanggungjawab bagi operasi Malaysia & Singapura berkuatkuasa 1 November.

 

Beliau menggantikan Pengarah Urusan H+K Singapura dan Ketua Pegawai Pelanggan Asia, Matthew Briant yang meninggalkan agensi tersebut.

 

Menurut laporan Marketing-Interactive, Justin akan berperanan dalam memberi fokus bagi mendorong kolaborasi antara pasaran bagi mempercepat pertumbuhan perniagaan ke seluruh rantau.

 

"Saya berbesar hati untuk mengambil peranan kepimpinan untuk mempercepat penawaran agensi ini di rantau Asia," kata Justin.

 

Menurut beliau, agensi tersebut telah menjadikan  H+K sebagai kekuatan kreatif dalam pasaran perhubungan awam (PR) Malaysia. 

 

"Kini diperkukuhkan dengan peluang untuk meningkatkan sinergi antara pejabat Singapura dan Malaysia, saya yakin H+K mampu menawarkan cadangan persaingan yang tidak dapat ditandingi di pasaran," katanya.

 

Justin sebelum ini mengetuai Lumos H+K Malaysia selepas syarikat itu bergabung dengan agensi miliknya pada 2019.

 

Penggabungan itu merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan H+K di ASEAN.

 

Ketua Kluster Asia  H+K, HS Chung, berkata pertumbuhan pesat yang dipamerkan oleh LUMOS PR sejak penubuhannya sekitar dua tahun lalu adalah bukti bakat dan dorongan Justin.

 


"Dia memahami cara  H+K  dan saya sangat gembira mendapat kesempatan untuk bekerja dengannya lagi," kata Chung. -DagangNews.com