Pembukaan LSS5 bakal pacu pertumbuhan sektor RE - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Pembukaan LSS5 bakal pacu pertumbuhan sektor RE - Maybank IB

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 21 Jan - Program tender Pembukaan Petra 5+ solar berskala besar (LSS5) kedua bersedia untuk memacu aktiviti teguh dalam sektor tenga boleh diperbaharui (RE)  dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Maybank IB.

 

Katanya, pemain  syarikat tenaga solar seperti Solarvest Holdings Bhd mungkin menerima permintaan kukuh dan mengunjurkan buku pesanan akan menambah sebanyak RM524 juta pada FY25, RM779 juta pada FY26 dan RM800 juta pada FY27.

 

"Kami kekal optimistik mengenai prospek pertumbuhan Solarvest, terutamanya dalam pengembangan buku pesanan dan pembangunan asas di tengah-tengah peningkatan permintaan RE," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini. 

 

Suruhanjaya Tenaga Malaysia (EC) akan mengadakan tender terbuka untuk program Petra 5+ solar berskala besar (LSS5), menawarkan peluang untuk membangunkan loji solar dengan kapasiti antara 10MW hingga 500MW, yang beroperasi pada 2027.

 

Program bidaan terbuka LSS Petra 5+ menyasarkan jumlah mengikut kapasiti 2,000MW, melibatkan kapasiti antara 10MW hingga 500MW, notis permintaan cadangan (RFP) suruhanjaya tersebut.

 

Katanya, inisiatif baharu itu memberikan peluang pelaburan yang besar dengan anggaran kontrak EPCC (Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan) bernilai RM6 bilion, dengan mengandaikan kos sebanyak RM3 juta bagi setiap MW.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Suruhanjaya Tenaga buka tawaran bidaan LSS5 kedua, sasar 2GW 

 

Selain itu, syarikat solar yang lain seperti Cypark Resources Bhd, Sunview Group Bhd, Pekat Group Bhd dan Samaiden Group Bhd akan memanfaatkan peluang LSS5.

 

Di samping itu, Maybank IB berkata, syarikat utiliti, termasuk Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Mega First Corporation Bhd, juga mungkin mendapat manfaat daripada perkembangan ini.

 

"Gabungan sokongan kerajaan yang kukuh untuk projek RE dan permintaan industri yang teguh meletakkan sektor ini, terutamanya pemain utama seperti Solarvest, untuk pertumbuhan yang mampan dalam jangka sederhana hingga panjang.

 

"Apabila projek LSS5 bergerak ke hadapan, syarikat yang terlibat dalam tenaga solar dan RE dijangka melihat pertumbuhan kukuh dan pulangan yang ketara, didorong oleh peralihan ke arah rumusan tenaga mampan," katanya- DagangNews.com