Kadar tambang kembali normal, MIDF Research unjur perolehan bahagian kargo Tasco susut | DagangNews Skip to main content

Kadar tambang kembali normal, MIDF Research unjur perolehan bahagian kargo Tasco susut

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Ogos - MIDF Research mengunjurkan bahawa perolehan Tasco Berhad daripada bahagian kargo menyusut berikutan kadar tambang yang sebahagian besarnya kembali menjadi normal.

 

Pada masa sama, firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu turut menyaksikan kadar lebih redah daripada tahan pra pandemik disebabkan permintaan yang lebih rendah.

 

Bagaimanapun katanya, sebahagiannya akan diimbangi oleh peningkatan dalam jumlah penghantaran apabila aktiviti perdagangan kembali pulih.

 

"Selain itu, kami menjangkakan Tasco akan menikmati margin keuntungan yang lebih baik daripada dua gudang baharunya.

 

"Ia akan menghasilkan margin yang lebih baik berbanding gudang yang disewa semasa dan akan memberikan kadar cukai berkesan yang lebih rendah melalui elaun cukai pelaburan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu menyemak turun pendapatan FY24/ FY25 sebanyak 12% dan 14% untuk menggambarkan keadaan pasaran kargo yang semain normal.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' pada harga RM1.60 sesaham," katanya.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan beberapa cabaran termasuk tekanan inflasi yang akan menjejaskan kos operasi selain potensi kelewatan untuk menyerahkan ruang gudang baharu kepada pelanggan.- DagangNews.com