Kanger batalkan LOI projek bina pangsapuri bernilai RM478 juta dengan Veggeta Champion di Genting Highlands | DagangNews Skip to main content

Kanger batalkan LOI projek bina pangsapuri bernilai RM478 juta dengan Veggeta Champion di Genting Highlands

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 17 Jan - Kanger International Bhd membatalkan cadangan Mac 2021 untuk menganugerahkan kontrak RM478 juta kepada Vegetta Champion Sdn Bhd bagi melaksanakan pembinaan asas dan kerja-kerja bangunan utama projek pangsapuri servis di Genting Highlands, Pahang.

 

Kanger bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pembatalan cadangan LOI berusia 3 tahun itu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Kanger berkata anak syarikat milik penuhnya Kanger Ventures Sdn Bhd dan Vegetta Champion telah sama-sama bersetuju untuk menamatkan perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak.

kanger

 


Pada Mac 2021, Kanger Ventures telah mengeluarkan surat niat (LOI) kepada Vegetta Champion, melantik Vegetta Champion sebagai kontraktor utama untuk kerja asas dan bangunan utama projek itu, yang menampilkan dua blok pangsapuri servis dan kemudahan awam.

 

Di bawah LOI, Vegetta Champion sepatutnya melaksanakan pembinaan asas dan kerja bangunan utama projek Genting Highlands, manakala Kanger Ventures akan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan projek, kewangan dan pentadbirannya. - DagangNews.com