KDNK 2020 masih terbaik, had hutang 58% | DagangNews Skip to main content

KDNK 2020 masih terbaik, had hutang 58%

 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Malaysia telah merekodkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada 2020 meskipun menguncup 5.6% jika dibandingkan dengan negara serantau yang lain, menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz. 

 

Dalam laporan Laksana ke-14 hari ini, beliau berkata, ekonomi Thailand menguncup 6.1%) dan Filipina (-9.5%)
manakala negara lain seperti United Kingdom, -9.9%. 

 

"Prestasi ekonomi Malaysia juga adalah lebih baik berbanding unjuran awal organisasi antarabangsa seperti Dana Kewangan Antarabangsa, -5.8%, Bank Dunia (-5.8%) dan Bank Pembangunan Asia (-6.0%)

 

"Kita juga telah berjaya menghadkan kes kematian akibat wabak COVID-19 dengan nisbah 0.3%, atau di dalam kategori 5% terbawah di peringkat dunia," katanya hari ini. 

 

 

Sumber : kementerian Kewangan
Sumber : Laporan Laksana ke-41, Kementerian Kewangan

 

 

Jelasnya lagi, keberkesanan langkah kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 juga telah diiktiraf oleh
agensi penarafan kredit antarabangsa, Moody's. 

 

Ini jelas melalui pengekalan penarafan Malaysia pada tahap A3 dengan unjuran stabil pada Januari, katanya.

 

Moody’s juga menjangkakan bahawa penularan wabak COVID-19 tidak akan menyebabkan kesan yang berpanjangan terhadap struktur ekonomi negara. 

 

"Oleh itu, gelombang penularan semasa dan yang seterusnya hanya akan menangguhkan, dan tidak akan menghalang pemulihan ekonomi negara ke arah landasan pertumbuhan yang lebih tinggi dan mapan," tambah beliau. 

 

Moody's Analytics, di dalam nota ekonominya bertajuk Trade Links Key to APAC Recovery yang diumumkan semalam, juga berkata bahawa Malaysia dan Singapura berada di kedudukan paling baik untuk meraih manfaat pertumbuhan global pada 2022. 

 

"Walau apapun, kerajaan tetap bersedia untuk menyokong kelangsungan rakyat dan perniagaan," katanya lagi. 

 

Beliau memaklumkan, Kementerian Kewangan juga baru menerbitkan laporan kewangan bagi Suku Keempat 2020. 

 

Laporan itu diterbitkan bagi menjelaskan bahawa sehingga akhir 2020, kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan berdasarkan pengiraan had statutori yang meliputi pinjaman Malaysian Government Securities (MGS), Malaysian Government Investment Issues (MGII) dan Malaysia Islamic Treasury Bills (MITB)] mencatat 58% daripada KDNK. 

 

"Ini bermakna, ia masih di bawah had statutori 60% KDNK yang ditetapkan. 

 

"Sehubungan itu, kerajaan mempunyai ruang fiskal untuk terus membantu rakyat, menyokong perniagaan dan mengukuhkan ekonomi Malaysia dalam tahun ini," tegasnya. - DagangNews.com