Kelington dijangka untung besar selepas raih projek baharu dalam industri gas - Malacca Securities | DagangNews Skip to main content

Kelington dijangka untung besar selepas raih projek baharu dalam industri gas - Malacca Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 April - Malacca Securities menjangkakan Kelington Group Berhad akan meraih margin keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) satu digit tertinggi hasil selepas berjaya meraih projek daripada syarikat semikonduktor optoelektronik terbesar di dunia untuk industri gas.

 

Firma itu berkata, projek yang diraih itu juga akan meningkatkan sumbangan dalam segmen industri gas bermula FY23F dan tahun-tahun berikutnya.

 

Katanya, projek itu juga dijangka menjana hasil terkumpul kira-kira RM180 juta dalam tempoh 10 tahun melalui yuran kemudahan tetap bulanan dan penjualan gas.

 

"Kadar tempahan kumpulan itu hampir kepada RM1.3 bilion yang mewakili nisbah 2.9x kepada pendapatan FY21 sebanyak RM517.7 juta akan memberikan sumber kewangan yang kukuh untuk tempoh dua tahun akan datang.

 

"Kami optimis mengenai masa hadapan kumpulan ini yang disokong oleh kadar tempahan menghampiri RM2 bilion  dengan mereka terus memanfaatkan pelan perkembangan yang lebih terarah kepada fabrikasi berskala besar," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, Kelington menerusi anak syarikatnya, Ace Gases Marketing Sdn. Bhd. (AGMSB) menerima Surat Niat (LOI) daripada salah satu syarikat semikonduktor optoelektronik terbesar di dunia untuk skim bekalan gas industri di tapak dalam tempoh 10 tahun.

 

Firma itu juga menjangkakan, kumpulan itu akan kontrak berskala besar bernilai RM420 yang diraih pertengagan September 2021 akan memberikan sumbangan yang besar pada FY22f.

 

Katanya, kilang LCO2 yang beroperasi pada kadar 60% pada FY21 memberikan ruang kepada Kelington untuk memasuki segmen makanan dan minuman selepas meraih pensijilan Halal.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' terhadap kumpulan itu dengan harga sasaran tidak berubah RM2.10. - DagangNews.com