Kenanga naikkan 20% harga sasaran United Malacca kepada RM6, saranan disemak kepada Outperform | DagangNews Skip to main content

Kenanga naikkan 20% harga sasaran United Malacca kepada RM6, saranan disemak kepada Outperform

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 27 Mac - Kenanga Research menaikkan harga sasaran United Malacca Berhad sebanyak 20% kepada RM6 daripada RM5 sebelum ini dengan taraf saranan dinaik taraf kepada "Outperform" daripada "Marketperform".

 

Ini susulan pengumuman keputusan suku ketiga tahun kewangan 2024 (3QFY24) yang menyaksikan United Malacca mengatasi jangkaan kerana sumbangan daripada operasi perladangan di Indonesia.

 

Dalam nota penyelidikan hari ini, Kenanga turut menaikkan unjuran keuntungan bersih FY24-25 masing-masing sebanyak 13% yang sebahagian besarnya mencerminkan peningkatan kecekapan dalam operasinya di Indonesia. 

 

Firma penyeldikan itu juga mengekalkan unjuran dividen bersih tahunan FY24-25 sesaham sebanyak 12 sen.

 

Walaupun 2Q lazimnya merupakan suku yang paling produktif di United Malacca, peningkatan 10% q-o-q dalam pengeluaran buah tandan segar (BTS) dari Indonesia mengimbangi penuaian Malaysia yang lebih lemah, yang mengurangkan kos unit dan meningkatkan margin.

 

"Kenanga menjangkakan keuntungan bersih teras 9MFY24 United Malacca - tidak termasuk kerugian mata wang asing sebanyak RM6.7 juta dan RM1.5 juta dalam keuntungan nilai saksama - pada RM40.7 juta, yang mencapai 89% daripada ramalan FY24 dan 90% daripada anggaran konsensus setahun penuh.

 

"Perbezaan berbanding unjuran kami disebabkan oleh peningkatan berterusan operasi di Indonesia di mana pengeluaran buah tandan segar 9MFY24 meningkat 69% tahun ke tahun (y-o-y," katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih United Malacca susut kepada RM35.4 juta pada 9MFY24 akibat harga minyak sawit mentah lebih rendah

 

Sementara itu, Kenanga menjangkakan harga minyak sawit mentah FY24-25F akan kekal kukuh pada RM3,800 setiap tan kerana imbangan bekalan dan permintaan minyak makan global selepas lebihan pada CY23. 

 

Bekalan CY24-25F dijangka meningkat YoY tetapi tidak mencukupi untuk mengekalkan inventori kerana permintaan dijangka berkembang pada 3%-4% YoY.

 

Di tengah-tengah senario pengurangan inventori, harga minyak sawit mentah berkemungkinan lebih tinggi pada CY24-25.

 

"Kos pengeluaran sepatutnya sederhana. Sebahagiannya disebabkan hasil tuaian yang lebih baik tetapi juga penurunan harga baja dan bahan api sebanyak 20-40% YoY, membantu mengimbangi peningkatan tekanan kos upah," jelasnya. - DagangNews.com