Kenanga Research jangka kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos bahan beri kesan kepada margin sektor pembinaan | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research jangka kekurangan tenaga kerja, peningkatan kos bahan beri kesan kepada margin sektor pembinaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 April - Kenanga Research menjangkakan kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos bahan mentah akan memberi kesan kepada margin pendapatan dalam sektor pembinaan. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, harga jualan purata (ASP) keluli akan kekal tinggi disebabkan peningkatan kos bahan mentah untuk pembuatan keluli seperti bijih besi dan ia didorong oleh gangguan bekalan selain ketegangan geopolitik. 

 

Pada masa sama, mereka menyatakan bahawa harga simen akan terus meningkat selepas MCEMENT memiliki pegangan lebih 60% dalam pasaran tempatan.

 

"Harga bagi barang-barang utama pembuatan seperti gangsa, aluminium dan beberpaa bahan lain turut mencatatkan peningkatan kesan daripada inflasi dan kekangan permintaan-penawaran di seluruh dunia akibat isu logistik.

 

"Walaupun kontraktor akan meningkatkan harga di dalam kontrak mereka tetapi kami percaya bahawa mereka memerlukan keperluan modal kerja dan keperluan pembiayaan yang lebih tinggi.

 

"Selepas mengambil kira semua faktor, kami menjangkakan margin pendapatan mungkin lebih baik kerana kesemua syarikat pembinaan boleh beroperasi dengan lebih baik kerana tiada lagi sekatan pergerakan tetapi kami tidak menjangkakan margin pendapatan akan menjadi lebih baik seperti sebelum era pra COVID-19," katanya.

 

pembinaan

 

Firma penyelidikan itu berkata, terdapat khabar angin menyatakan pilihan raya akan diadakan pada 2HCY22.

 

Katanya, seandainya ia benar-benar berlaku dan kerajaan semasa berjaya mendapatkan majoriti, mereka akan memperoleh kuasa politik yang lebih kuat bagi mengurangkan kekangan fiskal seperti memperkenalkan semula GST selain menyediakan lebih banyak peruntukan perbelanjaan berkaitan pembinaan.

 

"Dengan mengandaikan pilihan raya akan diadakan pada 2HCY22, pendapatan semasa kontraktor akan menjadi cerminan kepada peningkatan bahan mentah pada 1HCY22," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor pembinaan selepas mengambil melihat terdapat kontraktor berjaya meningkatkan tempahan kerja manakala sebahaginya gagal menambah pesanan seperti sebelum COVID-19.  - DagangNews.com