Kenanga Research jangka pendapatan Ann Joo akan terjejas akibat penurunan harga keluli | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research jangka pendapatan Ann Joo akan terjejas akibat penurunan harga keluli

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Mac - Kenanga Research menjangkakan pendapatan Ann Joo bagi FY2022 akan terjejas akibat penurunan harga keluli serta kenaikan kos bahan mentah yang berpunca daripada krisis hutang hartanah di China.

 

Firma penyelidikan itu berkata, harga keluli di China mencatatkan penurunan mendadak daripada RM3,800 kepada RM3,100 untuk satu tan pada Oktober 2021.

 

Bekalan keluli panjang pada masa hadapan dijangka semakin ketat kesan daripada dasar jangka panjang China untuk mencapai matlamat bebas karbon menjelang 2060

 

"Kami juga percaya aliran menaik harga keluli telah berakhir dan ia dijangka tidak dapat mengatasi paras tertinggi pada Mei 2021.

 

"Selain itu Kerajaan China juga untuk mengawal harga komoditi di pasaran dalam usaha untuk mengawal kadar inflasi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, Ann Joo mencatatkan pendapatan teras bagi 4QFY21 sebanyak RM16.5 juta menjadikan jumlah RM243 juta bagi FY2021 iaitu 79% lebih rendah berbanding jangkaan dan ia berpunca daripada penurunan harga besi di China yang menyebabkan kumpulan itu mencatatkan penurunan harga inventori sebanyak RM34.5 juta.

 

Keuntungan teras Ann Joo menerun sebanyak 76% kepada RM16.5 juta akibat margin keuntungan yang rendah akibat penurunan harga inventori selain peningkatan kos bahan mentah dalam suku itu.

 

Sementara itu, keuntungan teras bagi FY2021 meningkat kepada RM243 juta berbanding kerugian teras RM54 juta yang dicatatkan pada FY2020.

 

Firma penyelidikan itu yakin dengan margin keuntungan yang dicatatkan Ann Joo pada FY2021 akan dinormalisasi pada FY2022 dengan kos bahan mentah terus meningkat dengan harga purata jualan (ASP) menjadi stabil.

 

Firma penyelidikan itu menyemak turun saranan 'underprform' ke atas saham Ann Joo dengan harga RM1.70 akibat penurunan harga keluli selain penurunan permintaan serta kenaikan kos. - DagangNews.com