Kenanga Research kekal saranan 'outperform' terhadap HIL Industries | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research kekal saranan 'outperform' terhadap HIL Industries

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kenanga Research mengekalkan saranan 'outperform' terhadap HIL Industries Berhad dengan harga sasaran (TP) RM1.08 selepas keputusan kewangan kumpulan itu bagi 1HFY22 mencapai jangkaan.

 

Firma itu berkata, pendapatan bagi bahagian pembuatan kumpulan itu meningkat berikutan permintaan yang lebih kukuh untuk alat ganti automotif tetapi sumbangan daripada segmen hartanah menguncup dengan pelancaran baharu yang terhad.

 

Katanya, pendapatan kumpulan bagi 2HFY22 dijangka stabil walaupun berdepan peningkatan kos.

 

"Walaupun segmen pembuatan menyaksikan pertumbuhan kukuh pada 1HFY22, kumpulan itu mungkin melihat pertumbuhan yang lebih lemah pada masa hadapan hadapan kerana permintaan kenderaan yang rendah didorong pengecualian SST. 

 

"Segmen itu masih dijangka berkembang kerana Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan pertumbuhan sekitar 24% dalam jumlah jualan kenderaan pada 2022.

 

"Bagaimanapun, pningkatas harga resin kumpulan itu menjangkakan pertumbuhan pendapatan lebih lemah pada 2HFY22," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga berdepan beberapa risiko terhadap perniagaan mereka termasuk peningkatan kos bahan mentah melebihi jangkaan selain gangguan rantaian bekalan global.

 

"Selain itu, kebergantungan dalam sektor automotif dan hartanah juga bakal memberi kesan kerana kedua-dua sektor itu mudah terkesan dengan kenaikan kadar faedah," katanya. - DagangNews.com