Kenanga Research positif terhadap projek loji kuasa hidro baharu Malakoff Corporation | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research positif terhadap projek loji kuasa hidro baharu Malakoff Corporation

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kenanga Research positif terhadap projek loji kuasa hidro baharu Malakoff Corporation Berhad di Kelantan kerana ia akan membantu kumpulan itu mencari asas pendapatan baharu pada masa hadapan.

 

Firma itu berkata, projek terbaharu itu melibatkan tiga projek loji kuasa hidro (SHP) kecil, iaitu SHP Kemubu, SHP Kuala Geris dan SHP Serasa dengan gabungan kapasiti terpasang sebanyak 84MW, akan dibina di sepanjang Sungai Galas di Kuala Krai, Kelantan.

 

Projek SHP bernilai RM1.22 bilion itu akan menerima pakai struktur pembiayaan hutang kepada ekuiti 80:20, dengan hutang akan dinaikkan daripada Sukuk Wakalah SRI Hijau ASEAN bernilai RM975 juta.

 

Dengan penutupan kewangan,  RP Hydro (Kelantan) Sdn Bhd kini boleh memulakan kerja-kerja pembinaan manakala tarikh operasi komersial (COD) ialah Dis 2025. 

 

SHP ini mempunyai projek IRR satu digit tinggi dengan perjanjian pembelian kuasa (PPA) selama 21 tahun.

 

"Kami positif terhadap projek baharu ini kerana ia memberi asas pendapatan baharu kepada kumpulan itu selepas tamat tempoh Loji Janakuasa PD 436MW pada Februari 2019 dan Loji Janakuasa GB3 640MW pada Disember 2022.

 

"Di samping itu, PPA untuk Loji Janakuasa Prai 350MW akan tamat pada 2024 manakala Loji Janakuasa SEV 1,303MW akan tamat pada 2027," katanya dalam satu not akajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Malakoff berjaya muktamadkan kewangan bernilai RM975 juta bagi pembinaan 3 loji hidroelektrik kecil di Kelantan

 

Firma itu mengekalkan unjuran pendapatan FY23-24 kami kerana SHP hanya akan menyumbang dari FY26 dan seterusnya. 

 

Dengan mengandaikan kadar pulangan dalaman kasar (IRR) sebanyak 8%, loji baharu (berdasarkan 70% pegangan ekuiti) akan menambah 2 sen kepada penilaian SoP kami kepada 82 sen daripada 80 sen.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) 82 sen. - DagangNews.com