Kenanga Research turunkan unjuran untung bersih Kotra sebanyak 14% pada FY24 ekoran pertumbuhan sederhana | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research turunkan unjuran untung bersih Kotra sebanyak 14% pada FY24 ekoran pertumbuhan sederhana

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Dis - Kenanga Research menyemak turun unjuran untung bersih Kotra Industries Berhad sebanyak 14% pada FY24 berdasarkan andaian pertumbuhan sederhana bagi jumlah jualan daripada 9% hingga 11% kepada 4% hingga 11%.

 

Katanya, ia juga berdasarkan andaian penyusutan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kepada antara 31% hingga 33% berbanding 34% hingga 35%

 

Firma penyelidikan itu berkata, untung bersih kumpulan itu sebanyak RM13.7 juta bagi 1QFY24 hanya mencapai 20% unjuran tahun penuh dan konsensus.

 

"Unjuran kami sebahagian besarnya adalah darpada jualan yang lebih lemah daripada jangkaan dan kami percaya bahawa pengguna menahan dari daripada membuat pembelian selain berlaku lebihan stok selepas ekonomi dibuka semula.

 

"Untung bersih kumpulan itu merosot 25% disebabkan kadar cukai berkesan yang lebih tinggi manakala margin EBITDA turun dua mata kepada 31% kesan daripada jualan yang lebih rendah daripada jangkaan yang membawa kepada penyerapan kos lebih lemah," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, hasil kumpulan itu turun 18% kepada RM53.31 juta daripada RM64.75 juta pada 1QFY24, berikutan permintaan yang lebih lemah.

 

Bagaimanapun, terdapat peningkatan dalam permintaan untuk ubat daripada pasaran tempatan pada suku pertama tahun lalu, dengan kekurangan utama pelbagai barangan preskripsi di negara ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Kotra mencatatkan penurunan dalam hasil sebanyak 4.46% kepada RM53.31 juta dari suku tahun ke suku tahun pada 1QFY24, berbanding RM55.80 juta pada 4QFY23


Ia disebabkan oleh penurunan jualan dalam pasaran tempatan untuk kedua-dua produk suplemen dan farmaseutikal, sebahagiannya diimbangi dengan peningkatan dalam eksport.

 

"Perolehan 1QFY24 susut 4% tetapi untung bersihnya meningkat 4% yang kami percaya disebabkan oleh ketiadaan perbelanjaan pengiklanan dan promosi," katanya.

 

Kenanga Research mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM6.03 berbanding RM7.00 sesaham sebelum ini.- DagangNews.com