Kerjaya Prospek peroleh kontrak RM275.3 juta bina servis apartmen di Pulau Pinang | DagangNews Skip to main content

Kerjaya Prospek peroleh kontrak RM275.3 juta bina servis apartmen di Pulau Pinang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Kerjaya Prospek Group Bhd menerusi Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM275.3 juta daripada Persada Mentarai Sdn Bhd bagi pembinaan servis apartmen setinggi 50 tingkat di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Andaman, Pulau Pinang.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu terdiri daripada 261 unit dengan tempat letak kereta dan kemudahan lain.

 

"Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 2 Januari 2025 dan siap dalam tempoh 38 bulan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Katanya, kontrak itu, yang dilaksanakan secara berpanjangan dan berdasarkan syarat komersial biasa, telah diperoleh daripada Persada Mentari Sdn. Bhd, anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Berhad, sebuah syarikat yang pemegang saham besar kumpulan yang mempunyai kepentingan langsung dan tidak langsung.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif kumpulan, Tee Eng Tiong berkata, penambahan projek baharu itu kepada portfolio mereka menjadikan jumlah pesanan terkumpul kini berjumlah kira-kira RM4.4 bilion dengan keterlihatan pendapatan yang kukuh dalam tempoh empat tahun akan datang.

 

"Ketika kami terus berkembang dan mengukuhkan kedudukan dalam industri pembinaan, kami komited mempamerkan kepakaran dalam melaksanakan projek berskala besar yang memenuhi standard kualiti dan kecekapan tertinggi," katanya.- DagangNews.com