Kes COVID-19 melambung lagi, tertinggi 24,599 hari ini | DagangNews Skip to main content

Kes COVID-19 melambung lagi, tertinggi 24,599 hari ini

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kes jangkitan baharu wabak COVID-19 di Malaysia sekali lagi merekodkan angka tertinggi sebanyak 24,599 kes hari ini.

 

Jumlah tersebut sekali gus meninggalkan rekod tertinggi sebelumnya iaitu 23,564 kes yang dicatatkan pada 20 Ogos baru-baru ini.

 

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor kekal merekodkan kes jangkitan tertinggi sebanyak 6,936, diikuti Sabah (3,487), Johor (2,785), Sarawak (2,024) dan Pulau Pinang (2,078).

 

;

 

Tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Perak merekodkan kadar jangkitan melebihi 1,000 kes dengan jumlah masing-masing sebanyak 1,538, 1,312 dan 1,170.

 

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (881), Pahang (690), Terengganu (567), Negeri Sembilan (526) dan Melaka (515).

 

Perlis, Labuan dan Putrajaya masih mencatatkan kes di bawah 100 iaitu sebanyak 67,3 dan 20 kes.

 

Peningkatan jumlah harian yang tertinggi itu sekali gus menjadikan jumlah jangkitan kumulatif sebanyak 1,640,843. - DagangNews.com