Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad bersara | DagangNews Skip to main content

Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad bersara

KUALA LUMPUR 7 Dis - Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menamatkan kontrak beliau pada 6 Disember 2021 setelah menjalankan tugas itu sejak akhir tahun lepas.

 

Abdul Rahman, 61, dilantik sebagai Ketua Pengarang pada 2 Disember tahun lepas.

 

Anak kelahiran Selangor, Abdul Rahman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) Universiti Teknologi MARA (UiTM), memulakan kerjaya kewartawanan di Bernama pada Ogos 1982 sebagai pemberita kadet dan pernah bertugas di Biro Terengganu sebelum dilantik sebagai Pewarta Melaka pada 1990.

 

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio Visual (BernamaTV) pada Jun 2018 dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) pada 1 Okt 2019. 

 

Sidang Editorial DagangNews.com yang menganggap Abdul Rahman sebagai sahabat rapat yang turut sama memberi sokongan semasa penubuhan portal berita perniagaan ini, mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga.

 

''Berehatlah tetapi kita berharap Abdul Rahman akan terus menyumbang kepada negara dalam apa sahaja kapasiti walaupun setelah bersara ini.'' - DagangNews.com