Kimlun raih kontrak pembinaan bernilai RM780 juta | DagangNews Skip to main content

Kimlun raih kontrak pembinaan bernilai RM780 juta

 

 

KUALA LUMPUR 17 Nov - Kimlun Corp. Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kimlun Sdn. Bhd. meraih kontrak bernilai RM780 juta daripada Samling Resources Sdn. Bhd.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, Kimlun berkata, kontrak tersebut membabitkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan bagi projek pembinaan jalan raya Sarawak-Sabah Link (Lawas-Long Lopeng Junction). 

 

"Kerja-kerja pembinaan ini dijangka siap pada suku kedua 2025," katanya hari ini. 

 

Projek tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kimlun Group bagi tahun kewangan ketika tempoh projek berjalan. 
 

Dengan perolehan kontrak berkenaan, ia menjadikan nilai kontrak pembinaan dan tempahan pembuatan setakat ini berjumlah RM1 bilion. - DagangNews.com