KLCI dibuka mendatar | DagangNews Skip to main content

KLCI dibuka mendatar

Gambar Reuters

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 28 April - Pasaran saham tempatan dibuka mendatar hari ini ekoran pelabur tempatan dan global masih lagi ‘tercari-cari’ pemangkin pembelian yang jelas. 

 

Ketika dibuka pada 9 pagi, indeks penanda aras pasaran utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI menyusut sedikit, sebanyak 0.16 mata daripada paras yang ditutup petang semalam, 1,606.68 kepada 1,606.52. 

 

Rakuten Trade Research mendapati walaupun terdapat aliran masuk asing semalam, namun pelabur institusi tempatan kebanyakannya menjual ekuiti tempatan.

 

“Di peringkat pasaran tempatan, FBM KLCI yang berjaya melepasi paras 1,620 pada Isnin lalu sekali lagi tewas kepada pengambilan untung memandangkan indeks itu menyusut hampir 17 mata untuk ditutup bawah 1,610, sekali lagi semalam. 

 

“Sehubungan itu, indeks berkenaan dijangka sekali lagi didagangkan dalam jajaran 1,600 hingga 1,610 hari ini ketika pasaran lemah. 

 

“Sementara itu, minyak sawit mentah (MSM) ketika ini didagangkan pada tahap tinggi sepanjang tempoh lima tahun, pada kadar RM4,500 setiap tan metrik,” jelas firma penyelidikan itu dalam nota kajiannya hari ini. - DagangNews.com