KUALA LUMPUR 23 Sept. - Indeks FBM KLCI jatuh 0.7% pada tengahari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Pada pukul 12.30 tengahari, indeks FBM KLCI menyusut 10.53 mata kepada 1,495.25.
Pasaran saham bertukar negatif dengan 676 kaunter rugi dan 99 untung, manakala 597 lagi tidak berubah dan nilai dagangan ialah 5.25 bilion saham sebanyak RM2.56 bilion.
Saham yang mencatat kerugian ialah Carlsberg Brewery Malaysia Bhd, Aeon Credit Service (M) Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd, KESM Industries Bhd, Hong Leong Financial Group Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Pharmaniaga Bhd, Public Bank Bhd and UWC Bhd.
Saham yang aktif didagangkan ialah Advance Synergy Bhd, Kanger International Bhd, Pasukhas Group Bhd, Vsolar Group Bhd, XOX Bhd, Iris Corp Bhd, Bintai Kinden Corp Bhd, Pegasus Heights Bhd, Ikhmas Jaya Group Bhd and Fintec Global Bhd.
Manakala kaunter untung ialah Nestle (M) Bhd, Hartalega Holdings Bhd, Far East Holdings Bhd, Westports Holdings Bhd, Ajinomoto (M) Bhd, Scientex Bhd, Time dotCom Bhd, Teck Guan Perdana Bhd and QL Resources Bhd.
Secara umumnya, pasaran saham Asia menyerupai prestasi malap Wall Street yang menyaksikan pelabur terus berwaspada berikutan kebimbangan berterusan terhadap usaha pemulihan ekonomi global, kesan daripada pandemik COVID-19. - DagangNews.com