KLCI, ringgit ditutup tinggi petang ini | DagangNews Skip to main content

KLCI, ringgit ditutup tinggi petang ini

 

 


KUALA LUMPUR 20 April - Pasaran tempatan petang ini ditutup tinggi, dengan indeks utama FBM KLCI menokok 7.28 mata kepada 1,607.57 mata. 

 

Ia menyaksikan jumlah dagangan sebanyak 8.164 bilion saham bernilai RM4.08 bilion. 

 

Keseluruhan pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung pada 575 berbanding 506 manakala 413 kaunter tidak berubah.
 

Malacca Securities dalam nota kajian berkata, sentimen pasaran masih kekal berhati-hati walaupun fasa kedua program vaksinasi COVID-19 telah mula dilaksanakan dalam keadaan peningkatan kes di negara ini.

 

Di luar negara pula, katanya, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) susut daripada paras tinggi baharu apabila indeks Purata Perindustrian Dow Jones diseret turun oleh penjualan saham teknologi, yang mencatatkan penurunan terbesar dalam tempoh hampir 4 minggu. 

 

Sementara itu, menurut Reuters, pasaran saham global kembali susut daripada paras tinggi pada Selasa didorong peningkatan hasil bon berdaulat dan kes jangkitan COVID-19.

 

Ini secara tidak langsung membangkitkan persoalan dalam kalangan pelabur mengenai penilaian ekuiti yang tinggi. 

 

Dengan kadar hasil bon pada paras tinggi, ia menjadikan dolar AS kekal di bawah tekanan, mencecah paras terendah hampir 7 minggu dalam sesi dagangan Asia.

 

Sehubungan itu, mata wang Asia yang lain mengukuh, mencerminkan kelemahan dolar AS secara meluas.

 

Petang ini, ringgit ditutup pada RM4.1130/1170, lebih tinggi daripada penutupan semalam pada RM4.1220/1250. - DagangNews.com