KLCI sambung lonjakan Rabu lalu | DagangNews Skip to main content

KLCI sambung lonjakan Rabu lalu

 

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 30 April - Pasaran saham tempatan berjaya dibuka lebih tinggi hari ini walaupun dagangan di Bursa Malaysia ditutup semalam seiring pasaran Asia dan Amerika Syarikat (AS) yang berprestasi kukuh. 

 

Setakat 9.03 pagi, indeks penanda aras pasaran utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI menokok 2.95 mata atau 0.18% daripada paras yang ditutup pada Rabu lalu, 1,608.50 kepada 1,611.45.

 

Dagangan pada pagi ini juga berprestasi positif apabila jumlah kaunter untung iaitu 275 mengatasi 151 kaunter rugi. 

 

Antara saham yang mengungguli kaunter untung termasuk Dutch Lady Milk Industries Berhad, Teo Guan Lee Corporation Berhad, Nestle (Malaysia) Berhad, Malaysian Pacific Industries Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Hengyuan Refining Company Berhad, Petronas Chemicals Group Berhad, UMS Holdings Berhad, Adventa Berhad, Batu Kawan Berhad dan Careplus Group Berhad. - DagangNews.com