KNM Group terima pesanan pembelian bernilai RM111 juta | DagangNews Skip to main content

KNM Group terima pesanan pembelian bernilai RM111 juta

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 22 Okt. - KNM Group Bhd, yang terlibat dalam peralatan dan perkhidmatan minyak dan gas (O&G), menerima pesanan pembelian dari Bechtel International Inc untuk pembekalan penukar haba berpendingin udara dengan harga RM111 juta.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Kumpulan itu berkata transaksi dijangka mengambil masa sekitar 20 bulan dari tarikh pesanan pembelian. 

 

"Transaksi ini diharapkan dapat memberi sumbangan positif kepada pendapatan KNM untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 dan 31 Disember 2023," katanya di sini hari ini.

 

Bechtel merupakan syarikat yang beroperasi dalam sektor tenaga, infrastruktur, nuklear, keselamatan dan alam sekitar, perlombongan dan logam dan beribu pejabat di Reston, Virginia, Amerika Syarikat.

 

"“Urus niaga ini tertakluk kepada risiko komersial dan kewangan tertentu, terutama dalam industri tenaga, O&G dan petrokimia.

 

 "Ini termasuk perubahan dalam keadaan ekonomi umum seperti inflasi, peraturan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, percukaian, pertukaran asing, kadar faedah, penawaran tenaga kerja dan bahan api, perubahan keadaan perniagaan dan operasi serta kemerosotan dalam pasaran, "katanya.

 

Kumpulan itu berkata, syarikat telah sudah beroperasi di industri ini dan oleh itu akan terus terdedah kepada faktor risiko yang mereka hadapi saat ini.


"Walaupun KNM dengan pengalamannya yang luas dapat berupaya mengurangkan berbagai faktor risiko, tidak ada jaminan bahawa perubahan pada faktor risiko di atas tidak akan memberikan impak buruk terhadap perniagaan dan operasi KNM," katanya. -DagangNews.com