KPJ Healthcare rai pencapaian, Hospital Pakar Johor terajui Inisiatif Penjenamaan Semula | DagangNews Skip to main content

KPJ Healthcare rai pencapaian, Hospital Pakar Johor terajui Inisiatif Penjenamaan Semula

Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim bergambar bersama Tan Sri Dr Ismail Bakar serta Chin Keat Chyuan dan pengurusan kanan KPJ Healthcare pada majlis pelancaran penjenamaan semula Hospital Pakar Johor pada 13 Ogos 2024.
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 14 Ogos – KPJ Healthcare Berhad mengumumkan pelaksanaan inisiatif penjenamaan semula di Hospital Pakar KPJ Johor, rangkaian hospital pertama daripada 29 hospital KPJ yang memperkenalkan identiti jenama baharu Kumpulan secara rasmi.

 

Identiti baharu itu dipamerkan dengan jelas di bahagian luar dan dalam bangunan, bersama dengan penukaran nama hospital kepada 'Hospital Pakar Johor'.

 

Pelaksanaan ini menandakan permulaan baharu untuk Hospital Pakar Johor, dalam meneruskan legasi di samping menampilkan identiti yang moden.

 

 

 

Hospital Pakar Johor adalah hospital pertama yang ditubuhkan oleh Johor Corporation (JCorp), syarikat induk KPJ Healthcare, menggunakan jenama KPJ Healthcare pada tahun 1981, yang berfungsi sebagai asas kecemerlangan perubatan dan membuka jalan kepada pertumbuhan Kumpulan yang meluas.

 

Sebagai rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia, penjenamaan semula hospital pertama Kumpulan melambangkan kelahiran semula jenama KPJ Healthcare yang menyemarakkan komitmen baharu terhadap
inovasi, kecemerlangan dan kesejahteraan pesakitnya.

 

Majlis yang bertemakan "Experience Our Care for Life: Johor Specialist Hospital Rebranding Showcase" telah diadakan pada hari ini di Johor Bahru dan dihadiri oleh tetamu kehormat termasuk Presiden & Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim; Pengerusi KPJ Healthcare Tan Sri Dr Ismail Bakar; Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Chin Keat Chyuan bersama-sama dengan Ahli Lembaga Pengarah daripada JCorp dan KPJ Healthcare, serta tetamu jemputan daripada sektor penjagaan kesihatan dan perniagaan.

 

 

kpj
Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan KPJ Healthcare di hadapan bangunan Hospital Pakar Johor pada majlis pelancaran di Johor Bahru pada 13 Ogos 2024.

 

 

Penjenamaan semula ini merupakan elemen penting dalam perjalanan transformatif Kumpulan yang bermula pada tahun 2023.

 

Pada minggu lalu, Kumpulan telah memperkenalkan identiti jenama baharunya di ibu pejabat Kuala Lumpur, menyerlahkan dedikasi Kumpulan dalam meningkatkan pengalaman penjagaan kesihatan secara menyeluruh ke semua rangkaian hospitalnya dan memperkukuh kedudukan sebagai perintis dalam industri penjagaan kesihatan.

 

Identiti jenama baharu KPJ Healthcare menggunakan gaya yang lebih kontemporari. Penggunaan warna emas sebagai warna jenama utama menggambarkan aspirasi KPJ Healthcare ke arah mencapai standard kecemerlangan tertinggi.

 

Chin berkata, selama lebih empat dekad, Hospital Pakar Johor bukan sahaja telah merawat ramai pesakit tetapi juga meletakkan penanda aras dalam inovasi dan kecemerlangan penjagaan kesihatan di rantau ini.

 

"Hospital kami sentiasa menjadi peneraju dalam inovasi perubatan yang terbukti dalam pelbagai kemajuan yang telah dipelopori dan sewajarnya hospital ini menjadi yang pertama menzahirkan identiti baharu KPJ, melambangkan evolusi dan komitmen baharu KPJ Healthcare,” kata beliau.

 

 

kpj
Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim menandatangi plak sebagai simbol pelancaran makmal endoskopi baharu dan canggih di Hospital Pakar Johor.

 

kpj

 

 

Majlis penjenamaan semula di Hospital Pakar Johor juga turut menyaksikan perasmian makmal endoskopi tercanggih, mencerminkan komitmen KPJ Healthcare dalam mengadaptasi teknologi yang baharu. Kemudahan ini sekaligus meningkatkan keupayaan hospital untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik dan rawatan lanjut bagi memastikan pesakit menerima penjagaan yang terbaik.

 

Elemen utama inisiatif penjenamaan semula ialah memberi keutamaan kepada pengalaman pesakit. KPJ Healthcare telah bekerjasama dengan Marriott International untuk memperkenalkan latihan hospitaliti khusus untuk kakitangannya, yang mana Hospital Pakar Johor merupakan hospital pertama dalam Kumpulan yang akan melaksanakan kerjasama ini.

 

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan penjagaan pesakit di semua rangkaian hospital KPJ Healthcare, menekankan komitmen Kumpulan terhadap nilai teras iaitu Komitmen, Bertanggungjawab, Hormat-Menghormati dan Cemerlang (CARE), yang diperkenalkan pada bulan lepas.

 

Sejak penubuhannya pada tahun 1981, KPJ Healthcare telah mencatatkan pelbagai pencapaian membanggakan.

 

Selain muncul sebagai kumpulan penjagaan kesihatan pertama yang melepasi paras pendapatan RM1 bilion pada tahun 2007, KPJ Healthcare juga merupakan kumpulan penjagaan kesihatan pertama yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia dan merupakan yang pertama memperkenalkan REIT Penjagaan Kesihatan Islam di dunia.

 

KPJ Healthcare juga merupakan organisasi pertama dalam industri penjagaan kesihatan yang menjalankan program pengasingan sisa klinikal yang bakal mengubah landskap penjagaan kesihatan mampan. - DagangNews.com