KPMG letak jawatan, saham Serba Dinamik susut lagi | DagangNews Skip to main content

KPMG letak jawatan, saham Serba Dinamik susut lagi

 

 

KUALA LUMPUR 25 Jun - Saham Serba Dinamik Holdings Bhd. terus menyusut dalam dagangan pagi ini, selepas KPMG mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengaudit luar semalam.

 

Setakat 9.46 pagi, sahamnya jatuh 4.67 peratus kepada 51 sen sesaham dan antara kaunter paling aktif diniagakan. 

 

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas serta kejuruteraan ini sudah hampir sebulan menjadi tumpuan pasaran ekoran konflik yang timbul berhubung audit kewangan syarikat membabitkan KPMG. 

 

Baca : KPMG letak jawatan pengaudit luar Serba Dinamik

 

Peletakan jawatan KPMG adalah selaras dengan Seksyen 281 Akta Syarikat 2016 berkuat kuasa serta-merta.
selepas Serba Dinamik menerima notis daripada firma audit berkenaan.
 

Dalam notis berkenaan, KPMG menyatakan bahawa saman yang difaikan oleh syarikat pada 22 Jun 2021 terhadap mereka berhubung audit berkanun ke atas tempoh kewangan syarikat berakhir 30 Jun 2021 telah menjejaskan kemampuan mereka untuk meneruskan penglibatan audit dan melepaskan tugas profesional mereka sebagai juruaudit syarikat. - DagangNews.com