Kuala Lumpur di kedudukan kedua destinasi paling popular Airbnb bagi suku ketiga 2022 | DagangNews Skip to main content

Kuala Lumpur di kedudukan kedua destinasi paling popular Airbnb bagi suku ketiga 2022

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Dis - Berdasarkan data terbaharu Airbnb, Kuala Lumpur berada di kedudukan kedua destinasi popular di dunia mengatasi destinasi pelancongan popular lain pada suku ketiga 2022.

 

Airbnb mendedahkan senarai 10 destinasi global paling popular pada 3QFY22 merangkumi destinasi popular di seluruh Asia, Amerika Selatan dan Eropah iaitu Kuta; Kuala Lumpur; Itapema dan Angra dos Reis, Brazil; Bangkok; Sydney, Australia; Singapura; Malaga, Sepanyol; Melbourne, Australia dan Pattaya, Thailand

 

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj berkata, pembukaan semula lebih banyak sempadan negara tahun ini menyebabkan berlakunya permintaan yang ingin kembali berhubung dengan dunia luar dan melawat destinasi kegemaran mereka.

 

"Sesuatu yang amat mengujakan kerana Malaysia menjadi antara pilihan utama pengembara antarabangsa selepas pergerakan antarabangsa menjadi semakin baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ipoh meraih tempat teratas sebagai destinasi No.1 paling popular di Airbnb dalam kalangan rakyat Malaysia pada suku ketiga 2022 diikuti Kuching, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Genting Highlands.

 

bajaj
Amanpreet Bajaj

 

Airbnb telah mencipta cara baharu untuk pengembara mencari penginapan percutian mereka melalui kategori Airbnb. 

 

Dengan tawaran melebihi 300 juta paparan di seluruh dunia sejak pelancarannya pada Mei 2022, lima kategori Airbnb tertinggi di Malaysia mengikut median pendapatan pada suku ketiga 2022 ialah pemandangan, pemainan golf, kolam renang, pantai dan hutan tropika.

 

"Data Airbnb baharu mendapati bahawa destinasi antarabangsa yang paling popular kini dalam kalangan rakyat Malaysia pada suku ketiga 2022 mengikut kedudukan, ialah Bangkok, Paris, Melbourne, Greater London dan Seoul," katanya. - DagangNews.com