Kuasai trend pembeli pasca raya bersama Azizan Osman 14 Mei 2023 | DagangNews Skip to main content

Kuasai trend pembeli pasca raya bersama Azizan Osman 14 Mei 2023

SHAH ALAM 13 Mei - Menyedari trend semasa pembeli hari ini yang membawa kesan kepada peniaga, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) terus menyokong bangsa usahawan agar bukan saja mampu bertahan malah berkembang pada masa ini.

 

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, pihaknya sentiasa dekat dengan perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) malah turun padang bertemu secara langsung di samping mengikuti perkembangan semasa industri dan ekonomi global.

 

“Sewaktu bulan Ramadan baru-baru ini, kami sempat mendekati peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mendengar keluh-kesah mereka mengenai trend pembeli tahun ini.

 

“Bilangan pengunjung ke kedai atau bazar yang tinggi ke tidak membantu dalam hasil jualan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.


 

Radz Mohd.
                  Radz Mohd.

 


Mengulas lanjut, katanya medium pilihan pelanggan melakukan pembelian di media sosial juga berubah.

 

“Sebelum ini, pelanggan melakukan pembelian menerusi Facebook dan Instagram tetapi trend itu turut berubah apabila berlaku peningkatan di TikTok ,” jelasnya.

 

Radz menambah, walau ada peniaga yang tersungkur tetapi masih ada bangsa usahawan yang mencatatkan peningkatan jualan.

 

“Ada anak didik RichWorks yang jualan meningkat sehingga 10 kali peningkatan walau hanya berniaga menggunakan platform TikTok.

 

“Rakyat Malaysia masih ada kuasa membeli, tetapi pembelian berlaku sama ada dia nak membeli dengan kita atau dengan orang lain,” jelasnya.

 

Sehubungan itu, bagi memastikan bangsa usahawan sentiasa peka dengan cabaran semasa, mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman turut terpanggil untuk memberikan panduan beliau kepada bangsa usahawan di luar sana.

 

Meskipun dengan jadualnya yang padat bila terlibat secara langsung membimbing ratusan usahawan jutawan dalam RichWorks dan kini terlibat secara aktif dalam dunia korporat, beliau tetap mahu menyumbang.


 

tnb

 


“Sesi khas Live Voice Chat ini berlangsung di Telegram Azizan Osman Official bermula pada 7.45 pagi, Ahad ini dengan topik penting, Fokus Kembali, Elak Tesungkur,” ujarnya lagi.

 

Bangsa usahawan boleh terus layari https://t.me/AzizanOsmanOfficial untuk mengikuti sesi ini. - DagangNews.com