Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale tawar ganjaran bernilai sehingga RM2 juta | DagangNews Skip to main content

Lazada 11.11 Biggest One-Day Sale tawar ganjaran bernilai sehingga RM2 juta

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Pesta beli-belah tahunan Lazada yang terkenal, 11.11 Biggest One-Day Sale, kembali dengan tawaran ganjaran bernilai sehingga RM2 juta dan peluang untuk memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.

 

Ketua Pertumbuhan Pengguna, Lazada Malaysia, Rick Ting berkata, para pembeli dalam talian boleh menikmati harga Mesti Beli terendah di pasaran, mengumpulkan Lazada Bonus dan baucar Penghantaran Percuma tertinggi, serta memenangi pelbagai ganjaran lumayan.

 

"11.11 Biggest One-Day Sale Lazada merupakan acara beli-belah yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Para pembeli akan menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik dengan tawaran Jaminan Harga Terendah dan ciri-ciri Shoppertainment yang menyeronokkan. 

 

"Kami berharap aktiviti yang disediakan, terutamanya Super Show Lazada 11.11, akan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, kenderaan penghantaran Lazada Logistics akan memaparkan maskot Lazzie dan juga lima kod QR unik. 

 

Ujarnya, setiap kod QR memberikan akses kepada baucar dan ganjaran eksklusif Lazzie Hunt berjumlah lebih RM2,000,000, termasuk tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu untuk pengguna yang menemui dan mengimbas kelima-lima kod QR.

 

"Sementara itu Jaminan Harga Terendah dengan pulangan wang 11 kali ganda yang hanya diadakan setahun sekali kini kembali dan para pelanggan boleh membeli-belah dengan yakin kerana tawaran Mesti Beli 11.11 pasti lebih murah daripada harga di seluruh pasaran dan disokong dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, di mana perbezaan harga 11 kali ganda akan dipulangkan kepada pelanggan jika mereka menemui harga lebih rendah.

 

"Di samping itu, Mesti Beli Electronic Deals sempena Jualan 11.11 akan mengetengahkan tawaran eksklusif bagi pelancaran produk baharu, termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6, dan banyak lagi," katanya.

 

Menurut beliau lagi, pada malam menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale, Lazada akan menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari jam 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung dalam aplikasinya, LazLive, dan juga menerusi stesen televisyen TV3.

 

"Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung di mana pelanggan boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan," katanya. -DagangNews.com