Lazada jangka pengguna e-dagang di Asia Tenggara cecah 413 juta menjelang 2025 | DagangNews Skip to main content

Lazada jangka pengguna e-dagang di Asia Tenggara cecah 413 juta menjelang 2025

James Dong (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah LazMall Brand Of The Year kepada wakil Nike pada acara Brands Future Forum (BFF) LazMall 2022 di Singapura pada 1 September 2022.
Daripada ANUAR ZULKIFLI

SINGAPURA 1 Sept - Lazada Group menjangkakan kadar penembusan e-dagang di Asia Tenggara termasuk Malaysia dijangka mencecah 63% daripada keseluruhan penduduk di rantau ini kepada 413 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun lagi berbanding 53% ketika ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, James Dong berkata, menurut kajian platform e-dagang itu, perjalanan beli-belah yang lebih dinamik menyaksikan 57% pembeli di rantau ini mencari produk secara langsung di pasaran e-dagang.

 

Beliau berkata, peralihan daripada enjin carian yang biasa digunakan menyerlahkan kepentingan penyelesaian pemasaran e-dagang dan pendigitalan perniagaan untuk kekal berdaya tahan dan relevan di tengah-tengah peningkatan kadar faedah global serta tekanan inflasi.

 

"Penjual dan pembeli kini berhubung merentas saluran, dan ruang dalam talian serta luar talian semakin bersepadu. Ini telah memaksa jenama untuk memikirkan semula cara mereka menjangkau pelanggan.

 

"Sebahagian besarnya, ini disebabkan perkembangan makro. Pandemik dan penutupan negara di seluruh dunia menyaksikan kebanjiran pengguna dan peruncit dalam talian, membawa kepada pertumbuhan e-dagang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam tempoh dua tahun yang lalu. 

 

"Dengan perjalanan dan kehidupan disambung semula di kebanyakan dunia, pertumbuhan e-dagang kini menjadi normal. Tetapi tabiat yang dibangunkan semasa pandemik kekal.

 

"Kajian yang kami jalankan baru-baru ini mendapati bahawa penembusan pengguna e-dagang di Asia Tenggara dijangka melebihi 63% menjelang 2025, meningkat daripada hanya 53% pada masa ini, melibatkan lebih daripada 400 juta pengguna," katanya ketika berucap pada Brands Future Forum (BFF) LazMall 2022 di sini, hari ini.

 

lazada
James Dong

 

 

lazada

 

 

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Group, James Chang pula menyifatkan, industri e-dagang di Asia Tenggara mengalami pertumbuhan yang luar biasa dari 2019 hingga 2021, didorong penggunaan pembeli yang tidak pernah berlaku sebelum ini semasa pandemik. 

 

Walaupun pengguna menyambung semula gaya hidup pasca-pandemik, Chang mendedahkan bahawa Lazada kekal yakin apabila pembeli terus membeli, dengan 8 daripada 10 pengguna terus membeli-belah dalam talian untuk kemudahan, walaupun purata perbelanjaan bagi setiap pengguna lebih rendah berbanding dua tahun lepas. 

 

 

lazada

 

 

lazada

 

 

Terdahulu, Lazada melancarkan laporan kepimpinan Lazada Sponsored Solution (LSS) bertajuk 'Transforming Southeast Asia: From Discovery to Delivery'.

 

Menerusi penganjuran BFF LazMall edisi ketiga itu merupakan acara perdagangan yang menghimpunkan peneraju industri dan rakan niaga Lazada untuk bertukar idea dan inovasi bagi membolehkan jenama dan penjual berkembang maju serta menawarkan pengalaman runcit berbeza di Asia Tenggara. 

 

 

lazada

 

 

lazada

 

 

lazada

 

 

Antara acara yang diketengahkan, termasuk pembentangan daripada eksekutif Lazada, perbincangan panel dengan jenama terkemuka LazMall serta gerai interaktif gerai mempamerkan beberapa teknologi pengalaman membeli-belah Lazada.

 

Anugerah tahunan bertujuan untuk mengiktiraf dan menghormati jenama global dan Asia Tenggara yang berprestasi tinggi dan inovatif di LazMall, untuk mempromosikan kecemerlangan ditunjukkan menerusi landskap runcit dalam talian dan ketangkasan menyesuaikan strategi perniagaan dalam menuntut persekitaran berkembang. - DagangNews.com